2010-10-09

Cangkul pun cangkul lah!!!

| |
Assalamualaikum....
Finally.. Esok Ahad. Hari yg aku tunggu untuk merehatkan badan yang selame seminggu lebih ni penat menyiapkan lab komputer, dengan report nye lagi.. Dan jugak kerja-kerja lain yang banyak tertangguh tu. Biase lah..
Manusia senang lupe diri... Termasuklah aku sendiri yang memang ade sifat macam tu. Tapi tak bermakna kerja aku tak siap. Semuanya aku sudahkan dalam masa yang ditetapkan.

Terkenang pulak aku masa mule-mule jadi student kat sebuah institusi swasta ni. Tahun 2006 tak silap aku. Mase tu aku malas betul blaja. Tapi aku belajar jugak demi harapan mak aku. Tu pun separuh jalan sebab dah terasa macam kena tipu je dengan management kat situ. Then aku balik. 9 bulan aku
menganggur. Dalam  9 bulan tu ada la jugak mak aku carikan 2-4 kolej lain sebab betul-betul nak aku belajar. Tapi aku tak nak. Sampai menangis mak aku pujuk aku. Aku tak tau kenapa aku boleh buat mak aku sampai macam tu. Aku teruskan niat aku yang sememangnya susah sangat nak termakbul. CARI KERJA. Banyak tempat aku cuba. Tapi memang tak dapat. Terasa betul diri ni macam sampah. Pergi cari kerja pun berbekalkan SPM yang tak seberapa sangat. Last-last, dapat jugak kerja kat 1 hotel. Jadi bellboy je.. Jadilah kan.


9 bulan jugak aku kerja. Bulan ke 10 aku berhenti sebab tak tahan dengan anak bos yang menggelabah nak mampus pergi buat kacau kat setiap department yang ade dalam hotel tu. Termasuklah department aku sekali. Kalau tak, buat aku aku nak bengang kan?? Dan akulah antare org yang kat dalam department kena kacau je dengan anak bos ni. Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada. Tapi kita sebagai manusia ada tahap kesabaran sendiri. Buat baik pun jangan sampai kepale kena pijak kan? Tapi pikir-pikir balik, mungkin rezeki aku tak lama kat situ.. Tak boleh jugak nk salahkan orang lain je.


Lepas je aku keluar dari hotel tu, aku try belajar berniaga pulak. Mule-mule jaga gerai kat tapak ekspo untuk konvokesyen kat UKM. Tahun 2008 mase tu. Then start bulan Ramadhan tahun Hijrah yang same, aku jage gerai kat Downtown plak. Mule-mule aku rase ok je. Tapi lame-lame rase macam bodoh je. Barang jualan aku angkat pakai kereta bapak aku. Dari kedai Abang (kire bos aku la ni mase ni) sampailah kat downtown tu. Pacak meja, susun barang, urusan jual beli, kemas barang masuk dalam kereta, lipat meja balik.. Semua aku buat sorang. Dan gaji aku mase tu 1 malam dapat RM 15. Lepas dua tiga hari, aku mule terase aku ni benak benar orangnye. Untuk minggu pertama, try tolak duit minyak aku. Secara purata, gaji bersih aku untuk 1 malam yang bermula dari pukul 8 malam (siap pasang meja dan susun barang. Tinggal nk jual je) sampai la pukul 2 pagi dapatlah RM 6. Alahai... Tapi disebabkan dah berjanji dengan Abang tu, aku teruskan jugak sampai 2 malam terakhir Ramadhan.

Habis je raye, aku mula cuba mencari kerja lain yang tetap dan terjamin. Rupenye bukan senang kalau memang untung nasib tu bukan berpihak kat kita. Aku cuba jadi consultant untuk sebuah syarikat pinjaman (bukan ahlong ey). tak lama aku tahan. Aku jadi buruh kasar. Masa tu Tuhan saja tahu. Pecah dinding setebal 1 kaki, aku angkat batu-bata, pasir berkampit-kampit dari bawah bangunan sampai tingkat 3 gunakan tangga disebabkan shoplot tu takde lif. Menggigil-gigil badan aku sebab letih sangat. Dan merasa jugaklah aku makan pasir bile bos aku lari tak bagi gaji bila masuk bulan ke 2. Semua tu aku rasa. Aku cari lagi kerja lain. Hinggalah 1 hari dalam hujung bulan Mac 2009, aku tekad. Andai hari tu aku keluar cari kerja tak dapat, aku akan teruskan harapan mak aku untuk aku sambung belajar. Bila aku baru je nak keluar dari rumah (pakai dah semat dah masa tu) nak pergi cari kerja, mak aku yang baru balik dari kerja datang kat aku dan tunjukkan aku brochure sebuah kolej yang provide pengajian untuk diploma. Dan aku tanpa segan silu menyatakan OK! Dan aku ternampak wajah happy mak aku walaupun dia tengah mengerutkan muka masa tu menahan panas dan penat.

Dan sekarang aku kat sini. Salah seorang dari student kolej ni dan jugak salah seorang staf (part time je) kat sini. Gaji memang tak seberapa. Tapi ni rezeki.. Rezeki mak aku jugak..
Alhamdulillah.................

Bukan ape-ape sangat sakit yang aku kutip dalam tempoh tu. Dan ada jugak perkara yang aku belajar tapi orang takde kesempatan untuk dapat semua tu. Tapi tu tak bermakna bila kite tau tentang sesuatu, kita akan buat perkara tu dengan perfect. Kita manusia. Tetap akan melakukan kesilapan. Dan setiap kesilapan yang kita dah lakukan, usahalah supaya di lain waktu kita takkan tersilap lagi..

Dan aku yang pernah tersalah pilih untuk menentukan masa depan aku sendiri dalam suatu waktu yang lepas, selalu aku pikirkan untuk tidak ulangi semua tu lagi. Tapi hidup ni kita tak boleh pusing balik. Teruskan je ke depan. Redah je semua yang ada.Kalau pe yang kita nak kita tak dapat sekarang, InsyaAllah kita akan dapat di lain waktu..

Cangkul pun cangkul lah!!!!!
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram