2013-11-29


2013-09-21

Tengah pagi tadi aku terjaga sebab sakit perut dan dua tiga kali juga ke tandas. Lepas memerut dengan kelegaan, saja tengok PC. Torrent PES 2014 dah siap download. Hehe.. So, post kali ni review ringkas berkenaan PES 2014 ni.

Aku tak buat review tentang gameplay. Sebab tak sempat pun nak main habis satu game. sempat main beberapa minit. Sebab mengantuk. Kalau nak qada' main balik pun tak sempat. Kerja melambak beb.

Welcome screen
Pandangan pertama, tiada apa yang lain selain penukaran interface dan grafik yang baru dalam bahagian menu. Biasalah tu. Kalau tak tukar kang bosan pulak ye tak. So, selepas setting bahasa dan basic setting yang lain, inilah antara rupa menu yang akan dipaparkan :-


Apa yang aku perasan, PES 2014 ni dia dah ada theme sendiri berdasarkan favourite team yang korang pilih. Contoh kalau korang setkan favourite team korang Real Madrid, hanya players dari pasukan tu sahaja yang akan dipertontonkan sebaik korang masuk pada bahagian menu ni. Antara contoh lain :-



Selain daripada tu, kalau kita lihat satu persatu item-item yang ada dalam menu yang ada tu, tak berbeza pun dengan versi sebelum ni. Mungkin dari segi penambahan fungsi untuk setiap jenis permainan yang kita main tu yang banyak perbezaan. Nanti korang try sendirilah. Hehe..





Untuk PES 2013, permainan Liga telah dibuang. Kerana pihak Konami mungkin memfokuskan versi tersebut untuk permainan online dan Master Leauge. Tapi untuk versi kali ini, permainan untuk liga dah diwujudkan semula. Dan aku tak nampak ada mana-mana menu yang memaparkan permainan online. Mungkin sebab banyak komplen tu yang diorang buang. Kehkehkeh.. Bukan semua orang nak main online kan.

So, tu je yang sempat aku reviewkan. Kalau ada sesiapa nak download, boleh klik sini. Aku galakkan penggunaan Torrent untuk downlod game ni. Sebab kalau guna direct download, dia dah pecahkan untuk beberapa part. Leceh. Ok? Sekian...

*ada orang kata, kalau nak main online, baik main FIFA.. Orang kata. Bukan aku kata.

2013-09-06

Sebuah tulisan biasa
-----

Aku malas betul baca al-Quran. Malas betul-betul malas. Rajin makan. Rajin minum. Rajin tidur. Malas kerja. Tak rajin belajar. Cukup makan dah. Janji lulus. Kurang produktiviti.

Saban hari aku main facebook, twitter, instagram, blog, youtube. Pendek kata, social network tu memang tak sah kalau tak pekena sehari. Itulah kehidupanku di zaman serba canggih ni. Sampai kat telepon android pun bersosial lagi.

Al-Quran makin terpinggir. Dahlah aku malas. Rajin main internet menyebabkan kemalasan aku menjadi-jadi. 

Bila cakap pasal kahwin, laju. Bila cakap pasal duit, laju. Bila cakap pasal jantina berlawanan, laju. Bab seronok, memang laju.

Bab al-Quran, slow motion. Efek The Matrix. Siput babi lagi laju dari aku. 

Bulan Ramadhan bulan Al-Quran. Ya, aku tahu. Tapi, kemalasan aku menyebabkan aku tolak terus mana-mana masjid dan surau yang baca 1 juzuk terawih tiap malam. Aku pilih yang paling sikit dan paling cepat. Kau plak? Puasa macam tu lah. Tidur tu lebih banyak dari baca al-Quran. "ZzZzzZZz" tu lebih banyak dari sebut "Allah".

Hari berlalu. Hari demi hari. Tahun demi tahun.

Dari zaman single ke zaman bercinta. Dari zaman bercinta ke zaman berkahwin. Dari zaman berkahwin ke zaman ada anak. Dari ada anak sampailah pencen.


Dulu masa muda, lapang. Bila dah meningkat umur dan tanggungjawab bertambah. Sibuk sangat-sangat.

Al-Quran entah ke mana. Dalam seminggu tu, ada la jugak capai sekali seminggu baca. Tu pun malam Jumaat baca Ya Sin. Ah, nak baca banyak-banyak, mengantuk. Update social network lagi seronok. Ilmu tajwid, tarannum, dah sampai satu peringkat, "HANYA MAMPU PUJI BACAAN ORANG LAIN." Bila orang nak dengar aku baca, aku cakaplah aku bukan sekolah agama. Kalau aku sekolah agama pun, aku akan cakap, tu cerita lama. Dah lama lupa. Orang tanya baca tak al-Quran, aku jawablah, "Dah baca kan dalam solat 5 waktu."

Sekarang aku terlantar di kerusi roda. Strok. Mulut senget. Lidah pun bengkok bila stroke. Ni aku taip pakai jari untuk korang dapat baca.

Sekarang bila dah jadi macam aku, nak baca al-Quran pun dah tak mampu. Bila dengar je bacaan al-Quran, hati rasa sayu. Sebak. Menyesal.

Rupa-rupanya selama berpuluh tahun aku hidup, aku pinggirkan al-Quran. Aku buat tak peduli. Beli al-Quran mini warna warni, cover lawa-lawa. Tapi simpan, buat bagi hadiah je. Nak bagi nampak cantik je. Bacanya tak.

Dah tak sempat dah aku nak belajar ilmu al-Quran. Dah tak cukup masa dah untuk aku faham apa yang nak disampaikan Tuhan menerusi al-Quran.

Hati aku yang selama ini tidak tenang sampai ke tua. Rupa-rupanya kerana aku jauh dengan al-Quran. Jauh dengan al-Quran sama sahaja ertinya jauh dengan Tuhan. 

Menitis air mata pun dah tak guna lagi. 

Ibarat nyawa dah sampai di halkum, baru nak bertaubat.

Rupa-rupanya tanpa al-Quran, hidup tidak pernah bererti.

Hidup bererti bukan sebab ada isteri cantik baik, anak-anak, keluarga bahagia, kerja best. Tapi hidup ni bererti bila al-Quran itu di hati.

Al-Quran di hati, bererti Allah jua di hati.
Al-Quran dipinggir, bererti Allah jua dipinggir.

Kesal.

- Catatan seorang hamba. 

Sumber

*Salam Jumaat untuk semua

2013-07-20

Aku speechless tengok video ni. Berapa kali aku fuuuuhh!! sorang-sorang masa tengok video ni. Bagi aku power la diorang ni sebab frisbee & basketball ni aku tak pernah main. Kalau frisbee tu ada la pernah main. Tapi baling-baling gitu je. Takde pulak nak try macam-macam skill macam ni.

Sangat power!!!!

2013-07-12

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi.. Tanggal 22 Jun 2013 menyatukan aku dan Nurul Hidayah Ishak dengan ikatan pertunangan. Terima kasih aku ucapkan kepada keluarga pihak perempuan kerana menyambut kami, keluarga dan wakil belah lelaki dengan layanan yang superb. Tak lupa juga terima kasih tak terhingga aku kepada wakil yang mewakili keluarga aku, dan jiran-jiran yang mengiringi.

Oleh kerana kamera aku ada tetapi lense nya tiada.. Sangatlah bersyukur mempunyai telefon bimbit berkamera walaupun tak berapa nak lawa rupa dia. Hehe.. Tapi gambar banyak dalam kamera makcik & sepupu aku. Yang ada ni pun aku rembat kat Facebook akak tunang aku ni sebab laki dia ada amik gambar kitorang hari tu. Hehe.. So, tak perlulah nak pakai gambar dalam handphone.

Saja nak share barang-barang yang tunang aku dan aku dapat hari tu.
Dari pihak lelaki (akulah tu) kepada pihak perempuan :


Cincin risik dan tunang

Buah-buahan

Bahulu

Sejambak lolipop (aku buat sendiri ni)

Dari pihak perempuan (Nurul Hidayah) kepada pihak lelaki :

Jelly / chumi

Kain pelikat

Buah-buahan

Dan bunga rampai lagi satu.. Tapi tak sempat nak amik kot gambarnya. Aku carik tak jumpa pulak.

Saat disarungkan cincin oleh mak gua.. Hehe

Moga Allah tentukan jodoh kami hingga ke akhir hayat.
Amiinnn.....

*tak sangka gua buat title post macam gegirl punye blog.

2013-05-20

Peringatan untuk sahabat-sahabat dan diri aku sendiri.

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

2013-05-04

Assalamu'alaikum WBT..
Akhirnya.. Di tengah kepagian ini aku kembali menaip papan kekunci yang tersergam terletak di atas meja ini untuk menge-post-kan entri baru. Setelah dekat 3 bulan kot, aku tak post apa-apa. Banyak benda kalau nak ikutkan boleh aku taip untuk masuk dalam blog ni. Tapi takde masa. Busy pulak sejak masuk tempat kerja baru.

Kalau ada masa terluang pun, untuk berehat je. Nak pikir & susun ayat untuk taip tu memang 1 kekangan la. So, pagi ni just nak cerita tu je. Lepas ni nak tukar layout. Buruk rupanya. Peace..!


2013-01-31

Salam tengahari semua. Merujuk kepada post Good bye... (Red Wok 2012) and Good luck! hampir 9 bulan yang lepas, ada ayat dalam post tu menceritakan tentang sejarah antara aku dan Kolej Mutiara. Bermula aku sebagai student, part-time staff, practical student dan staf kat sini. Dan hari ni - 31 Januari 2013, hari terakhir aku sebagai seorang staf kat sini. Minggu depan start kerja kat tempat baru dah. Yeaahh!!


2013-01-23

Assalamu'alaikum.. Lama gila la pulak aku tak update blog ni kan. Biasalah. Busy... Takpe. Kali ni aku nak share benda yang bagi aku bolehlah nak kata best. Takdelah baru sangat benda ni. Ni pasal profile picture kat Facebook tu. Kalau korang tak setkan apa-apa gambar untuk profile picture tu, ianya akan tunjuk macam ni sepatutnya :

Kalau bukan macam ni, maksudnya korang bukan pakai Facebook la tu. Mungkin Twitter atau lain-lain. Hehe..

2012-12-01

Semalam akhirnya PBB telah pun melaksanakan pengundian bagi mendapatkan suara ahli-ahlinya dalam menyelesaikan isu serangan di Palestin. Pengundian berkenaan adalah untuk mendapat suara majoriti dalam mengiktirafkan Palestin sebagai sebuah negara dan tidak sepatutnya diserang dengan sesuka hati. Tapi sememangnya satu kesilapan besar pada setiap negara yang memegang keahlian PBB ni untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Sebab? Palestin memang wujud sekian lama. Zionist Yahudi yang datang tiba-tiba nak claim tanah tu hak diorang dan rampas untuk wujudkan negara diorang yang sememangnya tak pernah wujud pun selama ni iaitu negara Israel kononnya. Sangat kepala hotak!


 
Twitter Facebook Tumblr Instagram