2012-12-01

Palestine is finally safe.. Alhamdulillah

| |
Semalam akhirnya PBB telah pun melaksanakan pengundian bagi mendapatkan suara ahli-ahlinya dalam menyelesaikan isu serangan di Palestin. Pengundian berkenaan adalah untuk mendapat suara majoriti dalam mengiktirafkan Palestin sebagai sebuah negara dan tidak sepatutnya diserang dengan sesuka hati. Tapi sememangnya satu kesilapan besar pada setiap negara yang memegang keahlian PBB ni untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Sebab? Palestin memang wujud sekian lama. Zionist Yahudi yang datang tiba-tiba nak claim tanah tu hak diorang dan rampas untuk wujudkan negara diorang yang sememangnya tak pernah wujud pun selama ni iaitu negara Israel kononnya. Sangat kepala hotak!


Sepatutnya PBB melancarkan undian untuk mengiktirafkan gerakan Zionist Israel sebagai satu kesalahan undang-undang keselamatan antarabangsa kerana melakukan kezaliman dan menggunakan mahkamah antarabangsa untuk mengiktirafkan status mereka sebagai satu kaum yang hanya boleh hidup seperti buangan sahaja di negara-negara lain.

Tapi syukur Alhamdulillah, selesai sudah kini. Moga bertahan sampai bila-bila. Bantuan perlu diteruskan. Doa biarlah berpanjangan. Amiinn.... Dapatkah anda semua dengar tepukan gemuruh yang bergema dalam video di atas. Naik sih bulu roma aku...! Syahdu..

#Pray4Palestine
*jangan berhenti boikot.,harap mcd semakin kosong...
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram