2012-11-28

Uruskan Smartphone Android Anda Menggunakan PC

| |
Menguruskan fail-fail di dalam smartphone merupakan sesuatu yang leceh bagi aku. Sebab ruang skrin yang kecil dan kemampuan multi-tasking yang terhad. Situasi ini berlaku kerana aku tak mampu nak beli Samsung Galaxy Note II ataupun gadjet-gadget yang sealiran dengannya yang lain yang mempunyai kemampuan yang baik dan skrin yang besar. Tapi tu dah consider tablet kalau besar. Ni aku cerita pasal smartphone. Yang OS nya menggunakan Android. Bukan iOS. Sebab aku takde duit. Tak mampu nak beli barang Apple ni walaupun kadang-kadang aku teringin.. So, bersyukurlah apa yang ada. Beli murah je sudah.



Mungkin ramai yang dah guna aplikasi ni. Tapi sekadar nak berkongsi je lah kan. AirDroid ni merupakan aplikasi yang membolehkan korang mengakses fail-fail yang berada dalam smartphone korang tu menggunakan komputer melalui sambungan wayarles atau pun wireless connection dalam bahasa Inggerisnya. Pada sesiapa yang nak mencuba, muat turun dahulu aplikasi AirDroid ni dari Play Store dan install ke pada smartphone korang. Klik sini untuk muat turun (astikan korang dah sign in dulu ke dalam akaun Google).

Sila pastikan smartphone dan komputer korang berada dalam satu network yang sama. Contoh kalau laptop korang connect dengan wifi "Staff", smartphone pun kena connect dengan wifi yang sama jugak. Lepas install, taip web address yang dia bagi tu (seperti screenshot di bawah) pada web browser kat laptop/komputer korang.

Dengan menggunakan passcode yang tertera seperti di atas iaitu "LS55A8" sebagai contohnya, masukkan passcode tu ke dalam kotak yang tersedia di sebelah kanan skrin (lihat screenshot di bawah), dan klik login. Passcode ni akan berubah setiap kali korang nak reconnect balik smarphone korang dengan komputer.


Homepage setelah korang berjaya login.

Aku sediakan beberapa screenshot yang sempat aku amik untuk korang tengok apa yang korang boleh buat dengan AirDroid ni. Yang lain korang boleh cuba gunakan sendiri. Kalau ada keinginanlah. Hehe..

Akses fail-fail yang ada dalam smartphone.
Tengok gambar, nak copy masuk ke komputer pun boleh.

Kalau malas nak mesej dengan pegang handphone, boleh mesej kat sini. Kot busy buat kerja kat PC ke kan.
Uruskan fail mp3, nak dengar ke. Pun boleh jugak.
Untuk AirDroid ni, aku bagi 7/10 je rate. Sebab, aplikasi ni memang dicipta untuk menguruskan sahaja. Kalaulah dapat run & menggunakan aplikasi lain macam Whatsapp & Instagram, memang lagi best. Aku bagi 10/10 terus. Kehkehkeh...
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram