Salam 1 Malaysia buat semua! Pagi tadi tepat jam 10.45 pagi, aku bersama-sama seorang rakan lelaki berbangsa India & seorang rakan berbangsa Cina telah pun pergi ke salah sebuah sekolah di Kajang. Tak perlulah mention nama sekolah tu. Sebab sekarang ni macam-macam boleh jadi andai apa yang kita cakap jadi masalah atau disalah ertikan oleh pihak yang lain.
Actually, ni sekolah lama aku. Even dah 6 tahun aku tinggalkan sekolah, masih ada lagi cikgu yang tegur & cakap "Macam kenal je ni...". Bangga aku. Sebab apa nak bangga? Sebab cikgu tersebut tak pernah sekali pun mengajar aku ataupun tahu nama aku. Nak kata aku top dulu masa sekolah, tak la plak. Hehe...
Takpe. Berbalik pada tajuk kat atas. Keputusan SPM. Tujuan aku datang ke
sekolah ni adalah untuk mengedarkan brochure kolej yang aku tengah study sekarang. Kat bawah ni brochure kolej aku study.
So, dalam aku edar-edarkan brochure tu sempat jugaklah aku perhatikan gelagat pelajar-pelajar (dah jadi bekas pelajar dah kot) ni amik keputusan diorang.
Tapi, ini yang aku nak persoalkan sebenarnya. Dalam aku sedang lihat, pandang & perhatikan pelajar-pelajar & cikgu-cikgu, aku jugak perhatikan sekeliling aku sebab ramai jugak aku tengok mak ayah pelajar yang datang. Then, aku jadi segan. Aku jadi malu. Bukan malu sebab apa. Malu sebab mak ayah pelajar yang datang majoritinya mereka yang berbangsa India & Cina. Kat Sini aku nak tegaskan. Apa isu yang aku nak cakap kat sini bukan tentang bangsa India & Cina. Tapi tentang bangsa Melayu aku sendiri.
Serta-merta waktu tu aku tertanya-tanya. Mana semua mak ayah yang berbangsa Melayu?? Mana mereka dalam waktu anak-anak mereka dalam keadaan gembira bila dapat keputusan yang baik? Diorang menangis kerana gembira bersama kawan-kawan. Bukan taknak berkongsi dengan mak dan ayah diorang. Tapi mak dan ayah bangsa Melayu ni taknak ikut & teman anak-anak diorang ambil & lihat keputusan. Sebab apa? Malu ke dengan mak ayah lain bila anak korang dapat keputusan teruk? Jangan cuma harapkan anak-anak buat yang terbaik untuk keluarga andainya apa yang baik sekalipun dilakukan oleh anak-anak tidak mendapat sokongan dari mak & ayah diorang sendiri.
Aku dapat lihat hanya 4 orang kaum Hawa yang bergelar ibu memeluk cium anak perempuan diorang selepas dapat keputusan. Termasuk seorang cikgu wanita berpeluk cium anak lelakinya. Masing-masing mendapat keputusan yang amat-amat dibanggakan mungkin.
Selepas 20 minit kemudiannya aku kat situ, memang masih aku tak dapat melihat mana-mana wajah lain yang datang sebagai ayah dan ibu pada pelajar Melayu. Nak di ikutkan kat sekolah ni jumlah pelajar untuk tiga bangsa Melayu, Cina & India ni sama rata je. Takde yang terlampau lebih takde jugak yang terlampau kurang.
Tiba-tiba mata aku tertangkap fenomena yang best la bagi aku. Ada seorang pelajar India perempuan datang dekat ayah dia & menunjukkan slip keputusan. Aku terdengar macam pelajar tu bagitahu ayah dia, dia dapat 2A ke atau 3A macam tu lah. Dengan pantas, ayah dia peluk, cium pipi anak dia tu, dan separuh menjerit yang mungkin bermaksud "Macam nilah anak ayah!!" sebab aku macam terdengar ayah dia sebut "APPA". Aku rasa terharu pun ada walaupun benda tu bukan jadi kat aku. Sebab tak pernah terjadi pun kat aku.
Kat sini bukanlah aku senang-senang nak salahkan mak ayah dalam hal-hal macam ni. Mungkin mak ayah ni susah keluar pagi-pagi cari rezeki. Tapi pada pendapat peribadi akulah, andainya mak ayah ni ada rasa tanggungjawab pada perasaan dan emosi anak-anak, seeloknya ambillah cuti & bersamalah anak-anak korang untuk hari-hari penting macam ni. Kalaulah anak korang dapat keputusan yang tak berapa baik, janganlah marah atau tunjukkan perasaan kecewa depan diorang. Tu boleh menyebabkan moral dan emosi anak-anak jatuh. Diorang belum cukup matang. Lagi-lagi pulak marahkan anak. Ini benda simple teman anak amik keputusan SPM sekejap pun tak boleh, tapi anak dapat keputusan teruk marah bukan main lagi. Jangan buat-buat tak perasan yang kita bangsa Melayu semakin ke belakang. Kalaupun nak pandang jauh ke depan pun, jangan biar kita tertinggal kat belakang. Nanti hilang terus tak kelihatan.
Mainkanlah peranan dengan sewajar & sebaik mungkin sebagai ibu bapa pada anak-anak. Tapi anak-anak pun jangan sesekali salahkan ibu bapa. Meskipun memang orang tua kita yang bersalah, tapi jangan salahkan mereka semata-mata. Pandang balik pada diri kita. Apa kita dah buat untuk memuaskan hati mereka. Apa yang terjadi ada hikmah ok..
Hipotesis aku berasaskan pemerhatian sepanjang berada di sekolah berkenaan bermula jam 11 pagi hinggalah 12.45 tengahari. Andai ada yang terasa mintak maaf banyak-banyak. tunjukkan jalan yang benar andai ada saya tersilap.
Untuk adik-adik yang baru dapat keputusan SPM tadi, tahniah pada yang terbaik. Yang tak berapa nak ok tu usahalah lagi. Hidup bukan sampai 18 tahun je. Andai umur panjang, macam mana nak mencorak masa depan sendiri? Itu gunanya tawaran belajar ke peringkat lagi tinggi. Kalau tak dapat tawaran, carilah. Jangan bekerja dengan SPM andai hati tak tegar.
Nak masuk kolej abang ni pun boleh. Haha..
WASSALAAMMMM......!!!!!



