2011-04-24

KFC Terbaik..

| |
Sabtu 23 April 2011, jam 5.40 petang. Aku dengan someone ni masuk ke dalam sebuah restoran fast food yang top lah nama dia. Tak payah lah bagitahu nama. Tengok gambar nanti dah tahu restoran tu nama ape. Tujuan masuk? Mestilah nak makan. Hehehe...

Ape yang aku nak cerita pasal tempat ni? Bukan sebab makanan sedap. Bukan sebab Wi-Fi dia speed WOW!
Tapi sebab...
KOTOR!!! Staf plak memang perangai macam hanjing!! Sorrylah yer kalau-kalau terlalu menghina perkataan yang aku gunakan hari ni. Aku tak snap gambar muke setiap seorang staf diorang pun dah cukup selamat.

Firstly, yang buat aku
rasa bengang adalah ape ke bangangnya manager branch ni amik pekerja yang tak tahu jaga adab dan tatasusila depan customer. Cashier yang serve aku mase tu berjantina perempuan. Tak pasti umur. Tapi dalam lingkungan 18-21 tahun laa...

Sedang cashier ni kira bayaran untuk aku, datang seorang staf lelaki yang umur pun agak lebih kurang, yang memang dah tak ada kerja nak buat (kaunter bukak 1 je. Aku sorang je yang nak order mase tu) pi bantai usik kawan dia tu. Then, dengan wajah yang ketara bangga mencarutlah cashier perempuan ni kat staf lelaki tu yang berbunyi
                                                     "PU**AYAM!"
Perrrgghh!!! Depan customer beb ko bantai mencarut. Mana korang punya protokol & etika sebagai pekerja front line service?? Selamber nenek kau jer mencarut. Nasib baiklah aku ni bukan jenis nak sound straight forward. Karang kau ludah plak dalam makanan aku kan? Kalaulah pakcik ke makcik ke yang dengar, aku rasa malu terus kau kat situ. 

Itu baru satu. Waktu nak duduk plak.Banyak meja tak tersusun dan pinggan-pinggan serta sampah kat atas meja tak diclear kan langsung oleh staf diorang ni. Dan aku serta merta menoleh kiri dan kanan aku. Ada 3 orang staf diorang sedang berjalan-jalan. Macam tengah takde kerja. Jumlah meja dekat situ tak silap akulah ada dalam 30-40. Waktu tu dalam 8 meja sahaja yang ada customer. Lain kosong. Tapi dalam yang lain kosong tu, adalah 4-6 meja yang sememangnya bersepah dengan bekas makanan. Bagus tak pekerja diorang?

Yang ketiga plak. Someone yang dengan aku ni terperasanlah cermin restoran tu kotor. Bukan berhabuk ye. Tapi penuh dengan cap jari manusia. Tapi tu bukan salah customer. Tu salah staf restoran tu sebab tak bersihkan. Perangai manusia memang suke mengotorkan tempat orang lain. Tetapi, manusia ape plak jenisnya kalau tempat sendiri pun tak reti nak jaga dan bersihkan? Berdekatan dengan cermin tu ada meja yang tak tersusun dan di bawah meja tu ada lah sampah kecil-kecil macam kulit gula-gula & resit. Datang seorang staf. Dalam hati aku ok jugak budak ni. nak jugak kemas. Tapi last-last dia kemas meja je! Samapah kat bawah tu bersepah terbiar je. WTF!!!! So, makanlah kitorang dikelilingi dengan sampah sarap & staf yang bagi aku sampah masyarakat.

Selang 5 minit lepas tu, aku dah nampak manager dia. Hehehe... Dalam hati aku, memang kena marahlah budak-budak ni sebab aku ingat dia mestilah nak cek keadaan ok or tak kan. Waktu  tu manager tu pergi ke pintu yang terbukak. Dia nak tutup balik pintu tu. Memang kalau dia cek cermin & mata perhatikan sekeliling, boleh mengamuk tu dengan staf. Tapi apekan daya. Manager tu tutup pintu terus pi belakang balik. Cukup bangang & sangat TERUK!!!! Patutlah staf bangang macam hanjing! MANAGER pun bangang!!! Makan gaji buta!!

Gambar ni plak aku snap jam 6.40 petang sebelum aku nak balik. Mane ade meja yang tak dikemas aku dah bulatkan untuk rujukan korang. Meja kat depan aku ni yang aku perasan la.. Dah lebih setengah jam orang yang duk kat situ balik dah. Tapi staf diorang macam aku cakap tadilah. Memang takde rasa tanggungjawab langsung. Dengan keadaan tengah bersepah lagi macam tu, korang tengoklah sendiri kat bawah ni apa yang staf tengah buat.


Staf restoran tengah buat apa tu?? Mengemas ke? Pale otak die!!! Dok makan plak. Kemaslah dulu kalau ye pun. Kalau korang memang ade pergi restoran ni kat bandar Kajang bersebelahan dengan Plaza Metro Kajang (bukan Metro Point ye), bolehlah tengok sendiri betapa sedikitnya customer yang datang. Kenapa? Servis macam harraaaammmmm!!!!!!!!!!
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram