2011-04-17

Penawar Duka

| |
Malam tadi adalah malam minggu yang tragis bagi aku dan yang seangkatan dengan aku. Haha... Kenapa?

Sebab yang pertama: Kemenangan Man City keatas Man Utd
Punca utama:
Berbatov ada 2 chances untuk score tapi tak masuk gol. First chance beliau boleh pi bantai passing bola kat Hart &1 lagi beliau sepak bola tu naik atas palang mcam main ragbi!
Punca-punca lain;
Carrick & Vaan Der Sar buat silap pulak. Yaya Toure dapat score gol kemenangan Man City. Scholes pulak aku baca dalam paper punya menganjing hina Man City last2
dapat red card.


           
Sebab yang kedua: Kegagalan Real Madrid membalas dendam!
Punca utama;
Punca utama memang pasal R. Albiol lah! Biol betul!
Punca-punca lain;
Main tak rilek. Gelojoh! Hehe... Dapat bola nak counter attack je. Tapi belum sampai 30saat pegang bola dah Barca dapat balik. Tapi tabik kat Casillas. Nasib baik seri.



FINALLY! Sebab utama aku berduka di malam minggu (malam tadila) adalah sebab ketidakbijaksanaan pihak-pihak yang memberi laluan kepada syarikat televisyen swasta mengambil alih hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia. Menyebabkan kami rakyat yang tak berkemampuan tak dapat menonton. Macam mana nak memajukan bola sepak negara kalau penyokong tak diberi peluang menonton? Ish! Entahlah. Sukan terbaik hanya di....? Dah lama tak dengar.

Dan keputusan Selangor mengatasi Perak dengan jaringan 1-0 menjadi penawar duka. HEHEHE!

Kenapa aku cerita pasal Selangor selepas cerita pasal Man Utd & Real Madrid sedangkan game Liga Super start lagi awal kan? Sebab kat televisyen swasta je tunjuk live.

Dan memang benar untuk English FA Cup & La Liga jugak aku tengok kat televisyen swasta. Tapi, tengok kat kedailah. Kenapa tak tengok Liga Super kat kedai je? Takkanlah nak duduk kat kedai dari 9 malam sampai 6 pagi kan? Gile pe?

Pe motif aku tulis benda-benda ni pun aku tak tau. Meluahkan isi hati kot. Haha..
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram