2011-04-11

Second time declaration...

| |
Salam 1 Malaysia... Aaaa... Post kali nak perkenalkan kat korang awek kedua aku. Gambar-gambar takde. Bagitahu nama je.. Hahaha...

Post sebelum ni aku cerita tentang beli & setup company punye PC. Semalam tengahari beli aku punye pulak. Hehe... Tapi aku beli notebooklah. Aku beli ni bukan saja-saja. Tapi sebab notebook aku yang sebelum ni bagi adik aku pakai. PC kat rumah dah tak boleh blah.

Aku beli notebook ASUS A42J kat The Mines. Kenapa aku tak beli kat Plaza Low Yat? Sebab
minyak & tol. Haha... Lagi pun aku dah survey sebelum ni. Apa yang aku perasan, harga PC dan notebook kat semua kedai lebih kurang. Silap-silap sama harga. Bezanya banyak pilihan ataupun tidak je. Dan Plaza Low Yat bagi aku tempat yang bagus untuk cari barang ganti PC dan nyatanya memang lubuk bagi gadget-gadget dan segala teknologi. So, kalau setakat nak pergi survey jauh-jauh dan banyak buang masa saja-saja, tak perlu rasanya. Tu pada pandangan akulah. Kalau orang lain tak sependapat, terpulang.



Notebook ni aku angkat dengan specification yang aku sendiri tak sangka dengan harga dia. Sebab aku ada survey banyak kedai yang mana ada notebook yang specification dia lagi rendah sikit tapi harga lagi tinggi compare dengan Asus A42J yang aku angkat ni. Mungkin sebab brand. Aku tak kisah sangat tentang brand ni sebab semua sama je. Kalau ada problem kena hantar kat HQ jugak. Melainkan Dell. Servis memang terbaik! Puas hati! Ini berdasarkan pengalaman aku uruskan masalah notebook Dell dengan diorang punye customer service & technician.

Specs
Tujuan aku publish post ni untuk panduan kepada siapa-siapa yang ada niat nak beli notebook baru. Please & tolonglah masa pergi survey atau nak beli tu bawak sekali kawan atau saudara mara atau jiran yang ada knowledge dalam IT atau pengkomputeran untuk jadi consultant korang. Kalau korang saja-saja pergi nak beli sendiri, silap-silap nanti kena goreng dengan pekerja kedai tu.

Aku pun bukanlah pandai sangat dalam hal ni. Baru lagi belajar. Ada lah experiences sikit. Cuma kadang-kadang aku kesian kat kawan-kawan & customers yang aku tengok kat banyak kedai senang-senang je kena tipu. Susah nak cari peniaga yang betul-betul jujur ni. Manusia pulak meniaga cari rezeki kan. Takkan nak rugi pulak. Ni pun yang aku dapat belum tentu yang terbaik. Mungkin ada lain yang lagi better dari segi harga & specification dia. Tapi ni pun dah cukup memadai.

Syukur rezeki Tuhan bagi. Alhamdulillah...
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram