2011-05-07

Terbaik!

| |
Pada hari Khamis yang lepas, saya berasa amatlah lapar sungguh ketika jam menunjukkan waktu hampir 7 malam. Lantas, saya terlalu menginginkan kaki saya melangkah keluar dari ofis untuk menuju ke restoran membeli nasi bagi membuatkan rasa kelaparan ini lesap. Tetapi, niat & perjalanan menuju keluar dari ofis telah dihalang & dibantutkan dengan penahanan dari seorang lagi staf. Rupa-rupanya, beliau juga berkeinginan melakukan pengiriman pesanan makanan.

Selepas mengambil pesanan, saya pun menuju ke sebuah restoran masakan panas (tomyam, goreng-goreng) yang berlokasikan di Taman Kajang Sentral. Judul atau nama rasmi
restoran tersebut terpaksa dirahsiakan demi menjaga dan memastikan keselamatan pemilik restoran tersebut, rakan kongsi, pekerja, jiran-jiran serta ahli keluarga mereka tetap terjamin.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam restoran tersebut, saya terusan sahaja mendudukkan punggung saya di atas kerusi di dalam restoran tersebut. Di sini, saya ingin menegaskan yang saya memang gemar untuk mendiamkan diri ketika masuk ke dalam sesebuah restoran. Perlakuan yang saya gemari ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah pekerja atau pemilik restoran berkenaan memberi perhatian di atas kehadiran pelanggan di dalam premis mereka sendiri.

Setelah hampir 5 minit, saya didatangi oleh seorang wanita yang memakai apron dari luar kedai untuk mengambil pesanan dari saya.
                  "Dah order dik?"
                  "Belum kak. Baru nak order ni.."
                  "Yeke... Nak makan ape dik?"
                  "Megi goreng ayam 1. Nasi putih dengan telur bungkus 1. Bungkus ye kak..!"
                  "Ok.. Duduk dulu ye dik..."

Selepas hampir 15 minit...
                  "RM 8.70 dik..!"
WAAAHHH..!!! Murahnya... Hatiku berkata-kata. Dalam perjalan menuju ke kereta untuk pulang kembali ke ofis, aku berfikir menggunakan akal dan berkata di dalam hati untuk membeli lagi makanan di restoran itu pada waktu-waktu yang akan datang. Ini dipuncakan dari layanan dari pekerja yang santun dan harga makanan yang pada pandangan saya cukup murah.

Setibanya di ofis, dengan keadaan tidak sedar, saya membuka bungkusan makan dengan kelakuan yang kelam kabut dan gelojoh kerana kelaparan yang amat sangat. Namun, perlakuan itu terhenti dengan tiba-tiba. Saya terpegun melihatkan isi di dalam bungkusan ke 2. Megi goreng ayam yang dikirimkan pesanannya oleh staf tadi bertukar menjadi mee goreng yang tiada wujud pun ayam di dalamnya. Jumlahnya tiada pun mencecah setengah daripada ruang bungkusan makan polistrin berwarna putih itu. Saya berasa teramat serba salah sekali dengan staf itu. Menambahkan lagi keserba salahan pada perasaan saya ialah apabila mendengarkan pengakuan dari staf yang makanan itu tidak cukup untuk dirinya.

OH! Patutlah murah!
TERBAIK!!!
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram