Ok. Semalam yang berharibulankan 2 Jun 2011 bersamaan hari Khamis, aku & beberapa orang staf Kolej Mutiara pergi ke sebuah restoran steamboat yang pernah masuk berita kat TV9 (menurut member aku la). Nama restoran tu RED WOK. Ni lah dia.. Hehehe..
| Baru sampai... |
First impression aku bila masuk restoran ni.. Ok. Exclusive. Nampak mahal la. Hehe.. Aku sampai dalam 6.40 petang tumpang Pn. Erda & suaminya. Masuk cari meja dulu tapi tak boleh start cekik lagi. Tunggu yang lain sampai dulu. Hehe...
Lepak dulu panaskan boat dulu. Huhu... Waiter ada la hantar benda ni. Aku ingatkan aiskrim. Rupanya marjerin. Hampeh.. Hahaha..
Jam 7, aku dah start ambil makanan dan mencekik. Malaslah tunggu. Lambat. Nafsu tak dapat nak bendung lagi. Haha.. Lepas 10 minit, En. Nizam pun sampai dengan isteri beliau. Lepas Maghrib masuk waktu, barulah 3 insan yang berpuasa ganti sampai. Patutnya diorang lah yang datang awal-awal. Tapi takpe. Lauk banyak lagi. Hehe...
Aku tak sangka pulak kaum perempuan kuat makan. Tengok Cik Nadia, Cik Azie dengan Kak Yana makan muka tak ada perasaan. Habis lauk dalam boat, pergi ambil lagi. Tekejut jugaklah aku tengok. Sebelum-sebelum ni tak nampak pulak diorang ni boleh makan sampai macam tu. Tapi makan pun RM30 satu kepala bayar. Rugilah kalau makan ala-ala alas perut je ye tak??
| Cik Azie Kak Zana & Cik Nadia yang tak ada perasaan |
| Pn. Erda & Abg Helmi |
| En. Nizam.. Bininya tak nampak pulak. Hehehe.. |
Ni antara gambar-gambar yang sempat disnaplah masa tu. Nak snap banyak-banyak pun tak boleh. Sibuk makan. Haha.. Masa nak bayar pulak aku keluarlah wallet. Tapi En. Nizam cakap aku tak payahlah bayar. Hehehe... Tak sangka aku. Terima kasih En. Mohammad Nizam.. Huhuhu...
*Makanan okey. Tapi kalau ada siapa-siapa nak pergi weekend ataupun lewat dari jam 8 malam, better buat reservation dulu. Aku datang jam 6.40 petang macam dah nak tutup suasana. Tapi dah lepas Maghrib tu memang crowded lah.



