Tanggal 6hb Julai 2011, perginya salah seorang dari wanita-wanita kesayangan aku, iaitu nenek aku yang pulang ke rahmatullah dijemput Illahi pada jam lebih kurang 1.50 pagi..
Selepas 8 bulan, kali ini tiba pulak giliran adik lelaki nenek aku. Dalam jam 2 pagi, tadi ibu aku dapat mesej dari pak ngah aku yang menyatakan pemergian Tok Alang aku tu. Dalam plan memang nak gerak jam 8 pagi tu nak menziarah arwah yang memang dah kritikal sebab kedua-dua buah pinggang dah tak berfungsi..
Tapi cume sempat menziarah jenazahnya sahaja..
Tepat jam 3 pagi kitorang bergegas ke Teluk Intan. Dalam 5.20 pagi sampai di Hospital Teluk Intan. Tidur kejap dalam kereta sementara menanti saudara-mara yang lain datang dari Penang & Bagan Datoh.
Jam 9 lebih, jenazah dimandikan oleh anak-anak dan cucu-cucu arwah sendiri. Disolatkan di surau memang sangat dekat dengan rumah dan dikebumikan di tanah perkuburan Parit 1.
Segala urusan berjalan dengan amat lancar.. Alhamdulillah..
Jam 12 tengahari, pulang ke Kajang meneruskan sisa-sisa hidup.
**Al-Fatihah buat arwah. Aku tak mampu update ape-ape pasal arwah nenek aku sendiri.. Biarlah di dalam dada saja.. :-(



