2012-04-05

Good bye... (Red Wok 2012) and Good luck!

| |
Kolej Mutiara. Memang bukan kolej yang besar. Itu aku akui sendiri kerana, aku mula kenal dengan kolej ni bermula dari aku pegang gelaran sebagai student kat sini, then part-time staff kat kolej ni, dan sekarang salah seorang dari staf-staf yang ada kat sini. Memang jugak aku bukan salah seorang mereka yang wujud waktu mula-mula Kolej Mutiara ni beroperasi (dulu Institut Mutiara Mopar) kat Jalan Bukit dulu. Tapi boleh aku katakan dengan yakin dalam saat ni, aku adalah salah seorang dari mereka yang dapat melihat sedikit demi sedikit perubahan yang sangat-sangat positif dalam membangunkan Kolej Mutiara ni.

Student yang baru-baru sekarang ni mungkin tak tahu semua tu. Tak tahu macam mana dulu kami satu institusi yang kecil, bersusah payah berusaha untuk memperlihatkan hasil yang sebagaimana yang ada depan mata mereka sekarang. Sedikit demi sedikit. Senior student batch 2008-2010 mungkin tahu. Dan mungkin jugak sama-sama bersyukur. Syukur dengan keadaan kolej ni sekarang yang banyak sangat berubah kalau nak dibandingkan dengan 2 tahun yang lepas.

Tahun 2009 aku mendaftarkan diri sebagai student. Waktu tu ada Mr. Pratheeban (Manager), En. Nizam (Head of Academic), Kak Shima, Kak Radha, Abang Mahazi & Ms. Umathevi. Tu yang aku dapat ingat. Maaf kalau aku ada tertinggal nama staf yang lain sebab masa tu aku baru lagi & kurang sangat-sangat bercakap.

Long time a go: Early appearance
Tak lama lepas tu, yang aku boleh ingat masuk pulak En. Aszrul & Cik Fifi sebagai lecturer baru sebab jumlah student ada pertambahan. Then Abang Mahazi pulak berhenti. Dalam beberapa minggu lepas tu (tak silap aku), masuk Kak Miza, Kak Ziela & Kak Zety (bukan secara serentak) sebagai marketers. Betul ke aku eja tu? Harap betul la.. Waktu ni student semua memang takde jenis yang lepak tu nak dengan geng-geng diorang je. Masa tu takde! Semua pun lepak je mana-mana, bersama-sama. 

Antara wajah-wajah senior waktu muda remaja dulu. Belakang kat pintu tu En. Aszrul & Abang Mahazi.

Dalam keadaan yang mana bahagian pengurusan & operasi kolej waktu tu boleh dikatakan berjalan dengan agak lancar, Cik Fifi & En. Aszrul pulak hantar surat resign. Dan situasi berkenaan membawa kepada kemasukan lecturer-lecturer baru (Ms. Nalini, Ms. Azie, Ms. Nadia (lambat sikit masuk sebab kena denggi), Ms Erda (yg ni pun lambat sikit masuk sebab bertunang. Sekarang dah kahwin. Sorry!)). Dan seterusnya giliran Kak Shima pulak untuk angkat kaki meninggalkan kolej.

Dengan segala kudrat yang ada waktu tu, perancangan demi perancangan, dan disertakan dengan usaha dari setiap staf yang ada.. Termeterailah DUA perkara yang penting untuk institusi ni :-
1.     Institut Mutiara Mopar dinaik-taraf dan menukar nama sebagai Kolej Mutiara
2.     Berpindah bangunan dari Jalan Bukit ke Kajang Sentral

Tapi waktu dah mula operasi kat Kajang Sentral ni, staf yang masih lagi setia (cewwaahh!!) waktu tu adalah Mr. Pratheeban, En. Nizam, Ms. Nadia, Ms. Azie, Ms. Erda, Ms. Nalini, Kak Radha dan aku sendiri (part-time staff). Kak Miza, Kak Zila & Kak Zety dah resign beberapa bulan sebelum kolej beroperasi kat bangunan baru.

A15-1, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor.

Pertengahan tahun 2011 menyaksikan kemasukan ahli keluarga baru staf Kolej Mutiara iaitu Shafiq(admin) & Najwa(lecturer). Waktu ni Shafiq masuk sebagai pengganti aku yang tamat kontrak as part-time staff untuk kolej sebab dah final semester. Kena la fokus study lebih sikit sebelum pergi LI nanti. Najwa pulak sebagai lecturer untuk accounting(diploma). 
Penghujung tahun 2011 pulak, orang yang boleh aku anggap tunjang kepada segala perancangan yang diusahakan bersama-sama, juga akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Kolej Mutiara ini iaitu Mr. Pratheeban. Kehilangan yang agak besar bagi kami untuk meneruskan perancangan tanpa salah seorang perancang utama. Kenapa aku cakap KAMI dan tidak MEREKA sedangkan aku dah tak bekerja untuk kolej?? Sebab waktu tu aku dah jadi practical student kat sini. Dan walaupun aku 100% tak terlibat dalam apa-apa perbincangan atau apa-apa keputusan berkenaan dengan Kolej Mutiara, tapi aku tetap ada kat sini. Aku nampak, aku dengar, aku tahu dan aku merasa apa yang diorang(staf) rasa. Susah, senang, happy, bengang, susah hati. Aku merasa. Kami  bersama-sama rasa & lalui semua.

Untuk permulaan tahun 2012, dua lagi staf, Zulaikha (admin) dan Nadhiya Syafiqah (lecturer) dibawa masuk oleh pengurusan kolej yang waktu itu oleh En. Nizam & dibantu Ms. Nadia sementara menanti kehadiran pengganti Mr. Pratheeban..(ataupun takde pengganti sebenarnya). Sehinggalah semalam (04-04-2012) merupakan hari terakhir untuk Ms. Nadia berkhidmat untuk Kolej Mutiara. Sabtu sebelumnya pulak (31-03-2012) lastday si Najwa. Dua orang sekali berhenti. Dan sempena ‘meraikan’ pemergian diorang, adalah kitorang staf-staf ni gi mentekedarah sama-sama. Dulu masa Mr. Pratheeban nak blah(amboi bahase aku. Haha..). Silap. Mase lastday Mr. Pratheeban dulu pun kitorang gi lunch sama-sama jugak. Tapi tu kisah dulu. Haha..

Petang semalam tu, sebelum nak ke Red Wok Bangi (tempat mentekedarah berlangsung), si Najwa ni datanglah dulu kat kolej. Sebab nanti nak gerak sama-sama (tak tau jalan) nak gi Red Wok tu. Adalah dia bagi gift untuk staf-staf yang ada. Thanks Najwa.

Ni yang staf kat ofis bawah punye je. Yang atas tak sempat snap.

Sampai waktu makan, memang makanlah. Masing-masing makan nafsu punya nganga (aku pun la).






Waktu nak balik, yang takde Ms. Nalini & Nadhiya je sebab diorang balik awal. Zulaikha lak tak dapat nak join sebab tak dapat nak postpone kelas tuisyen dia.
Sempat la yang ada tu masing-masing minta maaf salam peluk cium segala (perempuan dengan perempuan saja ye). Tapi aku tak sempat lak nak cakap apa-apa dangan Ms. Nadia. Cessss! Najwa pun sama. Masa nak balik tu je dia follow belakang. Bila dia dah nak sampai masuk simpang lain tu setakat angkat tangan je kat aku dengan Shafiq.. Melambai lak tangan sampai keluar tingkap. Bahaya.. Nasib baik takde motor lalu antara kereta kitorang tu. Haha..

Dan malam tadi kira malam terakhirlah Ms. Nadia tu jadi warden hostel perempuan tu. Hari ni akan terus gerak tinggalkan Kajang. Dengar-dengar malam tadi lepas Ms. Nadia balik hostel, ada majlis airmata pulak dengan students yang tinggal kat hostel tu. Nasiblah korang. Pandai-pandailah mahu hidup lepas ni. Hehe... Selama ni kalau sakit minta Ms. Nadia hantarkan gi klinik kesihatan Kajang tu. Lepas ni pergi klinik Mediviron tu je. Haha... 

Sekian dari aku. Permulaan cerita yang panjang untuk sebuah penyampaian yg last tu. Hehehe....

People come and go, but the memories remain forever. :) -Nadia Ariffin-
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram