2012-05-13

Broga kedua kalinya..

| |
Waahhh.. Dah nak berhabuk tempat ni tak berupdate. Tapi bukan ada yang baca sangat pun.. Hahaha... Aku tulis pun untuk ingat-ingatan tentang peristiwa yang boleh dikenang waktu tua nanti. InsyaALLAH moga-moga sempat la tua. Amal belum cukup. Kena kumpul banyak-banyak. Dua tiga minggu ni pulak aku pun memang letih & busy nak menyiapkan system dengan tidur yang tak cukup. Sangat-sangat penat. So, memang takde apelah yang dapat diupdate. Oleh kerana penat dengan kerja, 3 hari lepas aku memutuskan untuk menjoin program yang diorganize by SRC kolej tempat aku kerja. BUKIT BROGA..

Untuk program ni, diorang dah pecahkan semua student kepada tiga group. So yang aku join ni 1st group lah. Group kedua & ketiga yang bakal menyusul ialah pada 19hb & 26hb. Kalau ade yang baca blog ni dari awal (kalau ada la), aku memang pernah cerita yang tahun lepas aku ada naik bukit ni dengan staf-staf kolej ni jugak.. Masa tu aku student lagi.. Hoho... Hari ni aku mengiringi student. Ceeewwwaaaaaahh....




Tapi nak tengok sunrise tu takde dalam planning diorang la sebab nak bergerak dari kolej ke bukit tu pun dah pukul 7 pagi. So masa sampai kat atas tu memang dah panas la. Tapi aku sangat-sangat pelik sebab tak ramai orang. Selalu weekend memang penuh. Jam 7.30 pagi kitorang sampai di kaki bukit. Tak mungkinlah ramai yang dah turun waktu-waktu macam tu.. Masa hiking tu jela dah ada yang on the way nak turun. Tapi kalau dah tak ramai tu memang lagi good lah! Takdelah berselisih dengan ramai orang sangat masa hiking tu. Hoho...




Dan masa hiking buat aku terkenang balik waktu aku 1st time datang situ dulu. Pelik kenapa tadi aku cepat letih. Dulu takde letih sangat macam tadi. Tadi aku betul-betul letih. Dekat 7-8 kali jugak aku stop. Mase pergi dulu tu sekali dua je. Memang bukit ni nak bagitau yang aku dah makin gemokk la tu!! Dah sampai setengah tu pun aku terpikir nak turun balik sebab tak larat. Tapi gagahkan diri jugaklah. Alang-alang seluk pekasam, biarlah sampai ketiak terus kan? Setakat sampai pangkal lengan tu, separuh jelah.. Haha.

Sampai kat atas dapatlah rehat lama. Memang lega betul aku dapat selamat sampai kat atas. Udara dengan view kat situ yang buat semangat datang balik tu. Haha.. Tapi aku nampak satu benda yang tak sesuai la bagi aku tadi. Ada sorang mamat ni bawak anjing naik atas bukit tu.. Tapi masa aku nampak tu dia dah nak turun dah & aku pun dah sampai atas. Yang buat aku fikir perbuatan dia tu tak sesuai, sebab manusia-manusia yang naik bukit tu bukan semua boleh bersentuh dengan anjing atau tak kisah kalau bersentuh dengan anjing. Kenalah sensitif sikit. Memanglah siape yang tak boleh bersentuh atau tak nak bersentuh tu janganlah dekat-dekat dengan anjing tu. Tapi kalau dah laluan same & kau pulak memang dah susah nak mengelak. Tengah hiking kat bahagian curam yang tanah licin tu bukan kau boleh saja-saja nak melompat ketepi bagai. Akai tara ka??



Mr. Shafiq... Mr konon.. Haha..!!



Masa jalan-jalan snap gambar tu jumpa sorang student. Katanya baru lepas muntah. Haha.. Aku pun tadi hampir-hampir jugak. Tapi pandai-pandailah tahan. Hehe.. Then ternampak lak 2-3 orang yang aku rasa & konfiden memang diorang camping kat situ malam semalam sebab nampak diorang tengah kemas khemah semua. Tapi sampah diorang tinggal je. Nokharom punye perangai!! Kalau kau berak, orang nak cebok kan ke bro? Sorilah.. Masa kecik-kecik dulu belum mumaiyiz bolehlah mak lu nak cebokkan. Aku tak sure sama ada memang ade orang yang bertugas untuk mengutip sampah kat atas bukit tu ke, atau diorang terlupa nak bawak sampah tu turun sekali. Tapi silalah bertanggungjawab sikit. Kita duduk atas muka bumi ni, berkongsi bro.. ALLAH bagi pinjam untuk kita hidup & nikmati. Bukan cemari..!!









Banyak ceramah pulak aku. Haha.. Next week, 2nd group pulak. Maybe aku follow jugak lagi. Tapi untuk update lagi dengan leteren-leteran kejadah ni semua memang tidaklah. Update dengan gambar je kot. Hehe...
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram