2012-07-21

Demi sebutir nasi...

| |
Petang semalam aku balik kerja, aku perasan atas meja ada surat. Nama aku. Surat pun lain macam punya tebal. Aku pulak ingat-ingat balik macam takde beli barang apa-apa. Tengok envelope ada nama company yang hantar. Tapi aku tengok sekilas pandang je. Tak pahamkan apa-apa tentang yang nak disampaikan dengan NAMA company yang printed kat envelope tu. Then aku bukak. Tebal isinya. Aku belek tengok satu persatu.

Rupa-rupanya KAD RAYA. Ada lapan keping semua. Tapi aku tetap tak dapat tangkap apa tujuannya aku dihadiahkan kad raya yang kosong & baru ni. Belek lagi aku jumpa ada macam pemplate 2-3 helai jugaklah. Bila aku baca barulah aku faham akan apa yang terjadi & tujuan kad-kad raya ni dihantarkan kat aku.

Company ni sebenarnya menaungi sekumpulan artis yang mencari rezeki melalui cara melukis. Tapi bukan dengan tangan. Melukis menggunakan KAKI atau MULUT sahaja. Nama company ni pun
MOUTH & FOOT PANTING ARTISTS SDN BHD (MFPA).


Kenapa nak melukis dengan mulut atau kaki? Kat sini telah diterangkan dengan sepucuk surat tentang siapa mereka serta tujuannya. Aku siap scanned lagi. Hehe.. Silalah baca. Klik gambar untuk bacaan lebih jelas.


Senang cerita, diorang ni pelukis tanpa tangan. Sebab tu lah lukis dengan kaki atau mulut. So, ni pulak kad-kad raya yang aku terima. Memang cantik-cantik. Dan memanglah bukan lukisan terus dijadikan kad raya. Tapi lukisan diorang di-print-kan menjadi kad raya. Hehe..


Lapan keping kad raya ni kira satu setlah. Dan satu set ni harganya RM35. Quite expensive huh? Memang agak mahal. Tapi itu adalah harga kreativiti, idea & hasil kerja diorang. Korang bukan setakat beli kad okey. Korang membayar hasil titik peluh diorang jugak. Lukisan pun boleh jual sampai harga juta-juta apa kan!?? Dan ini juga lukisan. So, think positive! Ini adalah hasil usaha yang kreatif.

Dan bukan hanya kad raya. Ada juga produk-produk lain. Memang semuanya akan ada hasil karya(lukisan) diorang kat produk-produk tu. Korang boleh tengok sendiri.



Senarai harga.
Ini je info yang dapat aku share kalau-kalau ada yang berminat. Kalau ada apa-apa pertanyaan lain tu, boleh contact terus nombor telefon diorang ni :
03-21618860/8502.

Cuma aku ada satu persoalan tentang kad-kad raya yang diorang hantar ni. Sebab dah memang tentulah bukan aku sorang je yang dapat benda ni. Dan dalam surat yang ditulis tu, ada menerangkan kalau kalau tak berminat nak beli, sila pulangkan semula. Aku terfikir kejap. Ada ke orang yang dah memang boleh dapat barang yang perlu dibayar dengan free, kalau taknak bayar, diorang pulang balik?? Ada ke?

Memang ada. Tapi dalam sepuluh orang, berapa kerat je yang nak menolong balik dengan memulangkan semula barang tu?? Dan kemungkinan besar, kerugian memang boleh terjadi. Ikut logik aku, diorang mungkin memang dah sanggup untuk keluarkan modal untuk bersedia menanggung apa-apa kerugian andainya bayaran tak dapat & ditambah pulak barang tidak dipulangkan. So, bila dah sedar hal yang macam ni kenapa tak tolong dengan membeli kan? Takde rugi apa sangat pun. Bukanlah aku nak menunjuk baik. Cadangan je untuk korang yang berminat nak beli. Hehehehe....
 
Entri yang aku buat ni aku takde mengharap apa-apa pulangan pun. Aku just nak share je. Supaya ramai yang sedar & tahu. Ada insan-insan yang kurang upaya masih lagi mempunyai suara hati untuk berusaha meneruskan hidup mencari rezeki dengan hasil usaha & titik peluh sendiri.

Bukan apa, sebab aku ni memang selalu tertanya-tanya. Kenapa ada mereka yang sempurna pancaindera, duduk di tepi kaki lima bersama mangkuk atau cawan, menadah pada setiap manusia yang lalu lalang? Kerjalah. Cuci pinggan mangkuk belakang restoran pun ok je. Bukan menghina. Ini berkaitan hidup yang diteruskan melalui usaha sendiri. Memang diorang duduk menadah tu pun usaha jugak. Kalau diorang tak tadah, takkan tetiba orang bagi duit kan! Tapi tulah. Diorang dapat duit. Tapi TIADA SUMBANGAN APA-APA. Untuk masyarakat takde. Negara apatah lagi.

Ni cuma pendapat peribadi aku. Macam mana korang pikir, hak masing-masing.

Sekian. Terima kasih. Selamat berpuasa. Hehe..
ASSALAMU'ALAIKUM WBT...
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram