2012-07-25

Logo Kemerdekaan ke 55 Malaysia

| |
Pagi semalam yang bertarikh 24hb Julai 2012, aku perasan satu post kat Facebook Oh! Media berkenaan logo sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke 55. Melalui Oh! Artis, post tu menerangkan tentang logo tu. Ramai yang komplen sebab logo tu amatlah tak sesuai dan tak best untuk dijadikan logo sempena merdeka tahun ni. Bagi aku, memang buruk. Tak lawa. Tak kreatif. Dan paling penting berbau POLITIK yang amat jelas sekali.

Ni la dia.

Tak berapa lama lepas tu aku terperasan pulak post dari Saiful Nang. Jugak pasal logo ni. Memang pada dia buruk gila-gila punyalah. Haha.. Aku lawak betul bila dia kata maybe sebab Rosmah yang design logo ni. Tu pasal PM approve. Bini sendiri kaaannnn......


So, aku scroll lagi Facebook pada waktu ofis masa tu (pedulik lah) nak cari apa lagi boleh dapat tahu pasal logo yang buruk ni. Then nampak status kat page Kukubesi pulak. Siap buat contest cipta logo baru lagi. Haha... Tapi ok pe? Antara cara nak tunjuk kat "mereka-mereka yang MENEPATI JANJI" itu bagaimana rupa logo yang sebenarnya.

Ni status semalam
Ni pulak cover photo yang aku sempat printscreen tadi..
Tu cerita semalam. Memang kecohlah pasal logo ni. Sebab memang buruk sangat. Haha.. Tapi aku buat tak tahu je. Pagi tadi aku online masa lepas masuk ofis, website Amanz pun ada info jugak pasal logo merdeka ni. So, aku dapat tangkap kat situ, logo baru ni memang sangat menyakitkan hati ramai manusia di Malaysia. Lagi-lagi pulak yang memang sah-sah designer kan. Lagi lah tak puas hati.. Kat sini aku selit-selit jugak logo-logo yang designer lain buat. Memang lawa-lawa. Jauh lagi lawa dari yang official tu. Jauh sangat. Ni antara design yang aku copy dari Amanz. Ada lagi yang lain kalau nak tengok. Klik sini.

Andika Farhan

Abstrax Jingga

Afiq Nadzir

Abdus Fauzi

Abell Jefrry

Baru kejap ni pulak, Oh! Media melalui Oh! Tidak updated kat website diorang siapa sebenarnya pencipta logo buruk tu. Klik sini

Bukan kita rakyat Malaysia je yang tak suka, Hitler pun marah jugak!

Dan petang tadi, Saiful Nang dengan selambernye meng'tag' nama Najib Razak di dalam status Facebooknya. Salute lu bro. Tapi tak tau lagi la kan laki Rosmah tu baca ke tak nanti. Harap-harapnya bacalah. Dan ambil tindakan sekali. Bukan buat tak tau je. Hahaha...
Pendapat aku pulak, kalau dah bertemakan kemerdekaan tu, tak payahlah nak letak manifesto politik kat situ. Tu semua pencemaran. Bukan Barisan Nasional saja yang sambut merdeka. Pakatan Rakyat pun sambut. Parti-parti bebas pun sambut merdeka. Tak payah nak canang-canang JANJI tu. Aku pun bukan sokong mana-mana. Aku bukan orang yang terdedah banyak dengan hal-hal politik. Rimas! Sikit-sikit ambil tahu oklah. Tapi kalau dah pihak ni burukkan pihak tu, pihak tu burukkan pihak ni, memang pencemaranlah tu.

Lagi satu, logo buatlah lawa-lawa. Bagilah job kat designer yang ada pengalaman. Ni merdeka bro! Bukan majlis kahwin anak lu! Berapa sen sangat kerajaan keluar duit bayar designer yang bagus-bagus untuk buat logo demi cintakan negara. Agaknya designer pun rela buat free. Untuk negara kan. Bila lagi nak mnyumbang. Ni suruh budak baru dua tiga hari pakai paint kat Microsoft Windows tu, design logo. Hampehlah!!!

Sudah-sudahlah tu. Harap-harapnya bertukarlah logo merdeka untuk tahun. Amiinnn....

*Selamat berbuka. Lagi sejam. Haha...
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram