2012-07-10

Selamat Datang ke Melaka...

| |
3hb Julai lepas birthday Nurul Hidayah. Aku pulak belum gaji waktu tu. Memang haru lah tak tau nak bagi hadiah apa. Lagi pun aku ni fail sikit bab-bab beli hadiah ni. Setakat beli barang nak bagi saja-saja bolehlah. Hehe.. Tapi nasib baik 3hb tu, tengah minggu & kitorang pun kalau diikutkan memang taklah nak keluar weekday. Selalunya weekend. Kalau tunggu sampai weekend memang dapat dah lah gaji. Huhu..

So, kebetulan pulak Ahad 8hb tu aku nak kena pergi Melaka. Ada kena ambil barang. So aku pikir ok jugak kalau aku bawak dia pergi Melaka tu. Saja bawak dia pergi jalan-jalan. Lagipun memang lama dah dia teringin nak pergi. Alang-alang birthday dia kan.

Birthday girl.....

Dalam plan ikutkan nak keluar pukul 8 sebab nak pergi breakfast dulu. Tapi disebabkan masalah teknikal sikit, kitorang gerak dari Kajang dalam 8.40 pagi macam tu. Breakfast pun bungkus je. Makan kat Melaka nanti. Hehe.. Highway cantik. Tak jammed. Lancar. Ada kitorang berhenti kejap kat Seremban. Ingat berhenti nak pergi toilet kejap. Tapi hilang pulak rasa nak buang air. Situasi bertukar menjadi majlis penyerahan hadiah. 

Then, kitorang gerak terus sampai ke Ayer Keroh. Dalam 9.50 sampai. Persinggahan pertama, Zoo Melaka. 


Macam iklan Faber Castell pulak rasa..
Nyum3..
Kalau buat drift pakai trm ni memang konpem terbalik. Kehkehkeh..
Anak buah Rajagopal.
Kesian singa ni. Nampak betul keTUAan dia. Duk je diam2...
 
Aku pernah datang zoo ni tahun 2010 dulu. Masa tu ada outing dengan student kolej aku. So, lama dah jugak tak datang. Lagipun nak selalu datang zoo buat apa lah pulak. Ni pun aku datang dah bertambah semak samun segala. Hahaha.. Tak sempat pulak nak tengok persembahan binatang. Sebab dah penat pusing & dah panas teramat. Melaka sangat panas yaww!!

Masa nak keluar dari zoo, cari-cari jugak souvenir apa nak beli kat dalam kedai zoo tu. Tapi takde yang best. Mahal pulak tu. Sebab bila nak pergi kat kereta, sebelum kawasan parking tu ada jugak sederet kedai jual souvenir. Jauh lagi murahlah. Ada beli satu kot masa tu.





Next destination, Banda Hilir. Hidayah ni teringin nak round kat Dataran Pahlawan tu. Aku tak pernah drive datang sini. Tapi syukur sangat sebab tak sesat pun. Elok je sampai. Terima kasih kat signboard. Sangat banyak & sangat-sangat membantu. Dan aku sangatlah suka. Bila dah masuk jalan utama kat Dataran Pahlawan tu, ternampak pulak signboard Pantai Klebang. Aku pikir panas masa tu nak round kat dataran tu. Jam pun dah pukul 12.30 tengahari.  So, aku ajaklah Hidayah lepak-lepak kat Klebang dulu. Boleh rilek-rilek jap sambil makan tengahari (sarapan yg terbungkus sejak pagi tadi). Perut pun dah bunyik macam ghimau kt zoo tadi. Hehe...


Makan dalam kereta je. Hehe..
Nasib baik kat pantai pun masa tu tak ramai orang & tak banyak kereta. Dapatlah pilih tempat  yang sesuai. Hehe.. Bagi aku, tempat yang sesuai sangatlah penting kalau nak melepak & berehat. Sebab kita dapat buat banyak benda dalam keadaan yang selesa. Ambil gambar, main air, mandi angin, main pasir. Paling penting sekali dapat makan. Ada dalam dekat dua jam jugak lepak kat pantai. Dekat pukul 3, kitorang pun blah menuju kembali ke Dataran Pahlawan.

Tak sangka lak aku taming sari boleh jadi makin panjang.
Melaka gangster.. Made in Dubai.
With beca I'm in love...
A'Famosa.. Betul ke aku eja tu?
Ramai budak-budak muda yang mengayuh beca ni. Tengok gaya diorang enjoy & happy je. Eloklah jugak. Ada pelapis. Dari merayap tak tentu hala. Tapi Melaka sangat panas lagi sekali aku ulang. Hahaha.. Keadaan yang panas terik itu sangatlah tak berapa menyelesakan kami. So, takdelah nak round sangat. Singgah satu tempat, ambil gambar, terus pergi tempat lain. Lagi pun kejar masa. Sebab kalau boleh nak sampai Kajang dalam pukul 7. Aku risau highway jammed.




Mekasih bro..


Dah round beli barang apa nak bawak balik semua, kitorang gerak dalam pukul 5.40. Sebenarnya banyak tempat tak pergi sebab dah penat. Menara Taming Sari tak naik. Ramai orang dan kitorang rasa, tak berapa teringin pun nak naik. Muzium kapal & muzium TLDM pun tak masuk. Sebab memang kejar masa. Tapi bak kata Hidayah masa tu, yang penting dia dah sampai A’Famosa.

Sebelum nak sampai ke highway, jalan pun dah agak sesak sikit. Aku dah risau jugak kalau highway PLUS betul-betul jammed.  Dan memang betul-betul jammed bila masuk highway. Lancar sampai 5km sebelum susur keluar ke Senawang je. So, aku pikir baik aku masuk Senawang then masuk highway LEKAS pulak. Sebab LEKAS ni memang tak banyak kereta. Tapi kat tol Senawang tu pun dah banyak kereta yang aku rasa diorang pun nak ikut LEKAS jugak.




Dan akhirnya, pukul 9 malam Alhamdulillah kitorang sampai rumah. Dengan perut yang berbunyi-bunyi. Nak bawak Hidayah pergi makan dulu pun segan pulak aku dah lambat sangat. Nasib baik mak & ayah dia ok. Hehehe...

*Happy belated birthday Nurul Hidayah Ishak..
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram