Lagi-lagi pulak dengan adanya restoran-restoran yang nak memberikan hadiah untuk rakyat Malaysia dengan makanan free kalau ada mana-mana atlet yang beraksi di Olympic London tu memenangi pingat emas. Tapi khuatir jugak aku. Apa motifnya untuk pihak-pihak tertentu ni menawarkan hadiah untuk rakyat dengan cara yang sebegitu rupa? Kerana memenangi pingat emas tu membanggakan negara ke? Kalau perak atau gangsa tu tak membanggakan negara ke? Kenapa mesti emas baru dapat aiskrim free & nasi kandar free??
Dari sudut positifnya, benda-benda ni semua boleh membuatkan mereka-mereka yang tak pernah ambil tahu pasal sukan negara, akan turut sama menyokong atlet-atlet negara. Tapi tak ada relevannya kalau yang jarang-jarang nak ambil tahu hal-hal sukan ni, duduk depan tv, tunggu kemenangan emas. Tengok masa final je. Peringkat lain tak tengok. Sokong lagi la jangan harap. Dan bila atlet kita yang berhempas pulas kat sana kalah, terus nak cakap atlet tu macam tulah.. Macam nilah.. Tak dapat makan freelah. Apa motif kita menyokong sebenarnya??
Macam petang tadi waktu beregu badminton negara Koo Kien Keat - Tan Boon Heong beraksi untuk ke tempat ke-3. Ada yang cakap gangsa je pun. Bukan emas. Tak dapat makan free. Tapi sebenarnya kalau dapat pingat gangsa untuk beregu tadi, kita dah berjaya mendapat pingat pertama untuk Malaysia dalam Olympic kali ni. Dan kalau dapat, sudah tentulah kita sudah ada dua pingat sekarang dengan pingat perak yang Datuk Lee Chong Wei dapat tadi bila tewas dengan Lin Dan.
![]() |
| LCW sedih tak dapat emas untuk negara. Rakyat Malaysia pun ramai sedih tak dapat Baskin Robbins free |
Harapan emas lepas ni mengharapkan Azizulhasni Awang je untuk acara Keirin. Sebab quarte-final men's sprint kalah dah baru kejap tadi. Tak kisahlah emas ke tak. Perak or gangsa pun dah cukup terbaik. Kita menyokong bukan nak makan aiskrim dengan nasi kandar free. Tu diorang buat macam tu untuk marketing strategy diorang je tu.
Aku pun tak sentuh acara-acara lain yang boleh bagi harapan tinggi untuk dapat pingat. Sebab tu aku cakap tadi. Mana-mana acara yang bukan kita 'punya', sasarkan dulu kita nak dapat ke tempat ke berapa yang terbaik. Bila dah achieved level tu, baru kita ada semangat untuk teruskan next level. Kalau kita tak berjaya lebih jauh pun tak apa. Sebab kita dah tau kat mana je yang kita target.
Contoh macam Khairul Anuar Mohamad untuk acara memanah. Permulaan dia dah kalahkan atlet dari China yang ranking lagi tinggi. Agak-agak, ada siapa-siapa ke target dia boleh sampai suku akhir? Tapi Kahirul Anuar ni pun bukan calang-calang. Hebat ni. Tapi sayang suku akhir kalah pulak. Next Olympic, hope dapat sampai semifinal atau final pun dah bagus walaupun tak dapat emas.
Kita yang menyokong dekat sini, teruskanlah menyokong dengan ikhlas agar kejayaan yang kita harapkan untuk negara dan atlet-atlet yang berhempas pulas dapat dikecapi. Bukan untuk dapat makan free. Hehehe...
Majulah sukan untuk negara. InsyaAllah...
**bila niat kita menyokong untuk mencapai kejayaan demi merasai sesuatu yang bukan dari usaha mutlak kita, di situlah selalunya kesilapan dalam doa & harapan. Dan ianya akan sentiasa susah untuk dicapai.









