Assalamu'alaikum. Seperti sedia maklum, dalam tempoh seminggu dua ni rakyat di dunia ini yang rata-ratanya mengecam serangan zionist Israel menyerang bumi Gaza, belum lagi mampu menyiapkan diri sendiri, senjata api (tu pun kalau ada) untuk turun sama di bumi Palestin bersama-sama rakyat Palestin memerangi zionist. Begitu jugak aku. Kuasa besar dunia Amerika pun turut mengeluarkan statement di mana dalam tempoh 48 jam sebelum entri ni ditaip, Israel akan berhenti menyerang Gaza jika rakyat Palestin dan tentera Hamas berhenti menyerang Israel. Bagi aku, ini statement yang sangat kepala otak!! Kalau rumah kita kena baling batu, takkan nak duduk diam? Palestin tu kena baling bom. Takkan rakyat dia nak buat bodoh je. Tu bunuh diri nama dia.
Negara-negara lain pulak pun cuma boleh berdiam diri jelah sebab kalau masuk campur takut negara diorang pulak kena serang kan? Tapi kerajaan masing-masing pun tak menghalang kalau rakyat buat protes berkenaan Yahudi zionist setakat ini. Contohnya macam demo & memboikot. Kat sini, aku pun nak bagi pendapat aku tentang hal boikot memboikot ni. Rasanya semua orang pun tahu pasal kempen boikot barang/produk keluaran Yahudi ni. Contohnya macam Mcd, Nestle & banyak lagi. Aku pun ada post jugak link kat Facebook senarai produk yang AKTIF MENYALURKAN DANA untuk Israel sampai boleh beli senjata serang bumi Palestin tu.
Dan sekarang ni jugak, ada segelintir rakyat Malaysia ni yang jenis suka pertikaikan usaha orang lain. Ada yang cakap,
"Kalau nak boikot barang Yahudi, janganlah nak boikot Mcd, Coke je.. Boikot semua. Korang semua pun pakai jeans Levis, main Facebook. Jangan nak kecoh sangatlah. Doa je! Doa tu senjata orang mukmin. Ni masa Israel serang Gaza, baru lah nak boikot. Dah habis perang muka korang jugak kat Mcd tu..!"
![]() |
| Antara produk keluaran Israel. Bukan semua produk ada dalam list ni. |
Sekarang ni ramai yang berfikiran pendek, sebab diorang tak sanggup untuk memboikot. Isu boikot ni diangkat, UNTUK MEMBOIKOT MANA-MANA PRODUK YANG AKTIF MENYALURKAN DANA KEPADA ISRAEL. Jangan bodoh sombong!! Bukan semua produk yang salurkan dana. Memang kalau boleh nak boikot semua. Tapi kalau orang ramai sekeliling kau tengah berusaha nak memboikot produk yang baru sebahagian tu pun kau nak hentam, kau cakap pasal doa pun serupa tak guna jugak. Siapa pulak yang ajar kau berdoa tu setakat berdoa je?? Tertib berdoa ni, ialah BERDOA, USAHA APA YANG KAU DOAKAN, then baru BERTAWAKAL PADA ALLAH SWT. Kalau kau pun sekolah tak habis, tak payah nak sekolahkan orang lain.
Dekat UK pun ada rakyat sana yang memboikot produk-produk Israel. Korang kat Malaysia ni, McD offer burger free pun ramai yang beratur. Ramai yang Muslim pulak tu. Sungguh tak sensitif. Seolah-olah meraikan. Walaupun ada khabar angin cakap plan nak bagi burger free ni sebelum Israel serang Gaza lagi. Bagi aku, tu alasan tak munasabah. Buat apa teruskan kalau kau dah tahu Israel serang Gaza? Cancel jelah! Apa yang ada halnya? Nak pikir rugi? Kau bagi free tu tak rugi? Siapa percaya memang bodoh. Yang pergi ambil burger tu lagi bodoh!

McDonald Malaysia pulak boleh keluar notis konon-kononnya diorang takde kena mengena dengan penyaluran dana untuk Israel tu. Cakap ditubuhkan bawah undang-undang Malaysia lah, bayar cukailah apalah. Nama McDonald's tu kau ke yang cipta hello orang Malaysia?? Kau pakai nama tu confirmlah kau kena bayar untuk nama francais. Takkan McD sesedap je nak bagi kau pakai nama tu. Ada rakyat Malaysia keturunan India bukak restoran pakai nama McCurry pun McD saman apa! Tapi tak menanglah.
Bukti McDonald's salur dana untuk Israel? Boleh klik sini. Siap dapat award lagi.
Dan aku pun mengaku banyak barang-barang yang kita guna dalam kehidupan kita yang aman damai kat Malaysia ni, rata-ratanya produk/jenama Yahudi, dari jenama yang diwujudkan Yahudi. Dari bedak ketiak sampailah handphone yang kita pakai tu. Sebab kita dah guna dari kita kanak-kanak. Tapi sekurang-kurangnya tunjukkanlah sensiviti kita sebagai umat Islam bila saudara Islam kita kat Palestin tu bersedih, cedera, berperang dan syahid. Selain doa, perlu ada usaha. Usaha setakat mana yang kau rasa mampu. Kalau kau tak mampu, tak payah perlekehkan usaha orang lain. Tak elok. Nanti orang pandang serong. Tutup je mulut diam-diam. Sebab bila kau perlekehkan orang yang berusaha, hal takkan jadi elok punya. Israel tak tau pun yang kau sokong diorang tanpa kau sedar.
Toksah punpang banyak-banyak doa ke boikot ke apa. Solat bagi cukup. Doalah di akhir setiap kali solat. Tapi tambahlah sedikit usaha. Kalau taknak usaha jangan perlekehkan usaha orang lain. Sekali lagi aku cuba berpesan. Assalamu'alaikum WBT.
#Pray4Gaza







