2013-07-12

My E-Day

| |
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi.. Tanggal 22 Jun 2013 menyatukan aku dan Nurul Hidayah Ishak dengan ikatan pertunangan. Terima kasih aku ucapkan kepada keluarga pihak perempuan kerana menyambut kami, keluarga dan wakil belah lelaki dengan layanan yang superb. Tak lupa juga terima kasih tak terhingga aku kepada wakil yang mewakili keluarga aku, dan jiran-jiran yang mengiringi.

Oleh kerana kamera aku ada tetapi lense nya tiada.. Sangatlah bersyukur mempunyai telefon bimbit berkamera walaupun tak berapa nak lawa rupa dia. Hehe.. Tapi gambar banyak dalam kamera makcik & sepupu aku. Yang ada ni pun aku rembat kat Facebook akak tunang aku ni sebab laki dia ada amik gambar kitorang hari tu. Hehe.. So, tak perlulah nak pakai gambar dalam handphone.

Saja nak share barang-barang yang tunang aku dan aku dapat hari tu.
Dari pihak lelaki (akulah tu) kepada pihak perempuan :


Cincin risik dan tunang

Buah-buahan

Bahulu

Sejambak lolipop (aku buat sendiri ni)

Dari pihak perempuan (Nurul Hidayah) kepada pihak lelaki :

Jelly / chumi

Kain pelikat

Buah-buahan

Dan bunga rampai lagi satu.. Tapi tak sempat nak amik kot gambarnya. Aku carik tak jumpa pulak.

Saat disarungkan cincin oleh mak gua.. Hehe

Moga Allah tentukan jodoh kami hingga ke akhir hayat.
Amiinnn.....

*tak sangka gua buat title post macam gegirl punye blog.
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram