Showing posts with label Kejadian. Show all posts
Showing posts with label Kejadian. Show all posts

2013-09-06

Sebuah tulisan biasa
-----

Aku malas betul baca al-Quran. Malas betul-betul malas. Rajin makan. Rajin minum. Rajin tidur. Malas kerja. Tak rajin belajar. Cukup makan dah. Janji lulus. Kurang produktiviti.

Saban hari aku main facebook, twitter, instagram, blog, youtube. Pendek kata, social network tu memang tak sah kalau tak pekena sehari. Itulah kehidupanku di zaman serba canggih ni. Sampai kat telepon android pun bersosial lagi.

Al-Quran makin terpinggir. Dahlah aku malas. Rajin main internet menyebabkan kemalasan aku menjadi-jadi. 

Bila cakap pasal kahwin, laju. Bila cakap pasal duit, laju. Bila cakap pasal jantina berlawanan, laju. Bab seronok, memang laju.

Bab al-Quran, slow motion. Efek The Matrix. Siput babi lagi laju dari aku. 

Bulan Ramadhan bulan Al-Quran. Ya, aku tahu. Tapi, kemalasan aku menyebabkan aku tolak terus mana-mana masjid dan surau yang baca 1 juzuk terawih tiap malam. Aku pilih yang paling sikit dan paling cepat. Kau plak? Puasa macam tu lah. Tidur tu lebih banyak dari baca al-Quran. "ZzZzzZZz" tu lebih banyak dari sebut "Allah".

Hari berlalu. Hari demi hari. Tahun demi tahun.

Dari zaman single ke zaman bercinta. Dari zaman bercinta ke zaman berkahwin. Dari zaman berkahwin ke zaman ada anak. Dari ada anak sampailah pencen.


Dulu masa muda, lapang. Bila dah meningkat umur dan tanggungjawab bertambah. Sibuk sangat-sangat.

Al-Quran entah ke mana. Dalam seminggu tu, ada la jugak capai sekali seminggu baca. Tu pun malam Jumaat baca Ya Sin. Ah, nak baca banyak-banyak, mengantuk. Update social network lagi seronok. Ilmu tajwid, tarannum, dah sampai satu peringkat, "HANYA MAMPU PUJI BACAAN ORANG LAIN." Bila orang nak dengar aku baca, aku cakaplah aku bukan sekolah agama. Kalau aku sekolah agama pun, aku akan cakap, tu cerita lama. Dah lama lupa. Orang tanya baca tak al-Quran, aku jawablah, "Dah baca kan dalam solat 5 waktu."

Sekarang aku terlantar di kerusi roda. Strok. Mulut senget. Lidah pun bengkok bila stroke. Ni aku taip pakai jari untuk korang dapat baca.

Sekarang bila dah jadi macam aku, nak baca al-Quran pun dah tak mampu. Bila dengar je bacaan al-Quran, hati rasa sayu. Sebak. Menyesal.

Rupa-rupanya selama berpuluh tahun aku hidup, aku pinggirkan al-Quran. Aku buat tak peduli. Beli al-Quran mini warna warni, cover lawa-lawa. Tapi simpan, buat bagi hadiah je. Nak bagi nampak cantik je. Bacanya tak.

Dah tak sempat dah aku nak belajar ilmu al-Quran. Dah tak cukup masa dah untuk aku faham apa yang nak disampaikan Tuhan menerusi al-Quran.

Hati aku yang selama ini tidak tenang sampai ke tua. Rupa-rupanya kerana aku jauh dengan al-Quran. Jauh dengan al-Quran sama sahaja ertinya jauh dengan Tuhan. 

Menitis air mata pun dah tak guna lagi. 

Ibarat nyawa dah sampai di halkum, baru nak bertaubat.

Rupa-rupanya tanpa al-Quran, hidup tidak pernah bererti.

Hidup bererti bukan sebab ada isteri cantik baik, anak-anak, keluarga bahagia, kerja best. Tapi hidup ni bererti bila al-Quran itu di hati.

Al-Quran di hati, bererti Allah jua di hati.
Al-Quran dipinggir, bererti Allah jua dipinggir.

Kesal.

- Catatan seorang hamba. 

Sumber

*Salam Jumaat untuk semua

2013-07-12

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi.. Tanggal 22 Jun 2013 menyatukan aku dan Nurul Hidayah Ishak dengan ikatan pertunangan. Terima kasih aku ucapkan kepada keluarga pihak perempuan kerana menyambut kami, keluarga dan wakil belah lelaki dengan layanan yang superb. Tak lupa juga terima kasih tak terhingga aku kepada wakil yang mewakili keluarga aku, dan jiran-jiran yang mengiringi.

Oleh kerana kamera aku ada tetapi lense nya tiada.. Sangatlah bersyukur mempunyai telefon bimbit berkamera walaupun tak berapa nak lawa rupa dia. Hehe.. Tapi gambar banyak dalam kamera makcik & sepupu aku. Yang ada ni pun aku rembat kat Facebook akak tunang aku ni sebab laki dia ada amik gambar kitorang hari tu. Hehe.. So, tak perlulah nak pakai gambar dalam handphone.

Saja nak share barang-barang yang tunang aku dan aku dapat hari tu.
Dari pihak lelaki (akulah tu) kepada pihak perempuan :


Cincin risik dan tunang

Buah-buahan

Bahulu

Sejambak lolipop (aku buat sendiri ni)

Dari pihak perempuan (Nurul Hidayah) kepada pihak lelaki :

Jelly / chumi

Kain pelikat

Buah-buahan

Dan bunga rampai lagi satu.. Tapi tak sempat nak amik kot gambarnya. Aku carik tak jumpa pulak.

Saat disarungkan cincin oleh mak gua.. Hehe

Moga Allah tentukan jodoh kami hingga ke akhir hayat.
Amiinnn.....

*tak sangka gua buat title post macam gegirl punye blog.

2013-05-04

Assalamu'alaikum WBT..
Akhirnya.. Di tengah kepagian ini aku kembali menaip papan kekunci yang tersergam terletak di atas meja ini untuk menge-post-kan entri baru. Setelah dekat 3 bulan kot, aku tak post apa-apa. Banyak benda kalau nak ikutkan boleh aku taip untuk masuk dalam blog ni. Tapi takde masa. Busy pulak sejak masuk tempat kerja baru.

Kalau ada masa terluang pun, untuk berehat je. Nak pikir & susun ayat untuk taip tu memang 1 kekangan la. So, pagi ni just nak cerita tu je. Lepas ni nak tukar layout. Buruk rupanya. Peace..!


2013-01-31

Salam tengahari semua. Merujuk kepada post Good bye... (Red Wok 2012) and Good luck! hampir 9 bulan yang lepas, ada ayat dalam post tu menceritakan tentang sejarah antara aku dan Kolej Mutiara. Bermula aku sebagai student, part-time staff, practical student dan staf kat sini. Dan hari ni - 31 Januari 2013, hari terakhir aku sebagai seorang staf kat sini. Minggu depan start kerja kat tempat baru dah. Yeaahh!!


2012-12-01

Semalam akhirnya PBB telah pun melaksanakan pengundian bagi mendapatkan suara ahli-ahlinya dalam menyelesaikan isu serangan di Palestin. Pengundian berkenaan adalah untuk mendapat suara majoriti dalam mengiktirafkan Palestin sebagai sebuah negara dan tidak sepatutnya diserang dengan sesuka hati. Tapi sememangnya satu kesilapan besar pada setiap negara yang memegang keahlian PBB ni untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Sebab? Palestin memang wujud sekian lama. Zionist Yahudi yang datang tiba-tiba nak claim tanah tu hak diorang dan rampas untuk wujudkan negara diorang yang sememangnya tak pernah wujud pun selama ni iaitu negara Israel kononnya. Sangat kepala hotak!


2012-11-20

Assalamu'alaikum. Seperti sedia maklum, dalam tempoh seminggu dua ni rakyat di dunia ini yang rata-ratanya mengecam serangan zionist Israel menyerang bumi Gaza, belum lagi mampu menyiapkan diri sendiri, senjata api (tu pun kalau ada) untuk turun sama di bumi Palestin bersama-sama rakyat Palestin memerangi zionist. Begitu jugak aku. Kuasa besar dunia Amerika pun turut mengeluarkan statement di mana dalam tempoh 48 jam sebelum entri ni ditaip, Israel akan berhenti menyerang Gaza jika rakyat Palestin dan tentera Hamas berhenti menyerang Israel. Bagi aku, ini statement yang sangat kepala otak!! Kalau rumah kita kena baling batu, takkan nak duduk diam? Palestin tu kena baling bom. Takkan rakyat dia nak buat bodoh je. Tu bunuh diri nama dia.


2012-07-25

Pagi semalam yang bertarikh 24hb Julai 2012, aku perasan satu post kat Facebook Oh! Media berkenaan logo sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke 55. Melalui Oh! Artis, post tu menerangkan tentang logo tu. Ramai yang komplen sebab logo tu amatlah tak sesuai dan tak best untuk dijadikan logo sempena merdeka tahun ni. Bagi aku, memang buruk. Tak lawa. Tak kreatif. Dan paling penting berbau POLITIK yang amat jelas sekali.

Ni la dia.

2012-06-25

Google Translate ni menterjemah ke, ataupun mengaku dia bangang?? Haahaha....

2012-04-26

Harapan aku nak tengok Real Madrid menang UCL musim ni dah hancur berkecai... Berkongsi nasib sama dengan Barca malam semalam. Dah cukup cantik dan elok leading 2-0.. Tapi mendahului tak menjamin apa-apa walaupun bermain kat padang sendiri. Bezanya cuma dapat heret Bayern sampai sepakan penalti. Neuer & Casillas memang dua-dua power. Tapi pendapat aku, Ramos yang bodoh tadi. Dia ingat main ragbi ke ape nak sepak tinggi-tinggi. Kenapalah bagi defend player amik penalti. Takde maknenye.. Dan lagi satu, masa Ronaldo & Kaka yang mula-mula amik penalti tak masuk tu dah membuatkan moral player-player Real yang lain jatuh.


2012-04-25

Malam tadi, telah terpalit malang untuk kedua kalinya buat budak-budak Pep Guardiola setelah seri 2-2 kat Nou Camp dalam tempoh 4 hari ni. Sabtu lepas kalah dengan Real Madrid, malam tadi pulak kalah agregat 2-3 dengan Chelsea.

Kelebihan banyak buat Barca sebenarnya bila Chelsea bermain dengan 10 orang serta Barca dihadiahkan penalti ketika mendahului 2-0. Tapi Messi tak dapat nak menunaikan tanggungjawab beliau dengan tidak memasukkan bola ke dalam gawang semasa mengambil penalti. KahKahKah...

Aku sangat seronok... Main cantik tak menjamin kemenangan.
Dan itu dibuktikan dengan gol cantik Ramires serta gol minit-minit akhir bernilai 50 juta pound Torres yang sangat mudah menolak ke dalam gawang Barca setelah memperbangangkan Valdes. KahKahKah lagi sekali..

2012-04-05

Kolej Mutiara. Memang bukan kolej yang besar. Itu aku akui sendiri kerana, aku mula kenal dengan kolej ni bermula dari aku pegang gelaran sebagai student kat sini, then part-time staff kat kolej ni, dan sekarang salah seorang dari staf-staf yang ada kat sini. Memang jugak aku bukan salah seorang mereka yang wujud waktu mula-mula Kolej Mutiara ni beroperasi (dulu Institut Mutiara Mopar) kat Jalan Bukit dulu. Tapi boleh aku katakan dengan yakin dalam saat ni, aku adalah salah seorang dari mereka yang dapat melihat sedikit demi sedikit perubahan yang sangat-sangat positif dalam membangunkan Kolej Mutiara ni.

Student yang baru-baru sekarang ni mungkin tak tahu semua tu. Tak tahu macam mana dulu kami satu institusi yang kecil, bersusah payah berusaha untuk memperlihatkan hasil yang sebagaimana yang ada depan mata mereka sekarang. Sedikit demi sedikit. Senior student batch 2008-2010 mungkin tahu. Dan mungkin jugak sama-sama bersyukur. Syukur dengan keadaan kolej ni sekarang yang banyak sangat berubah kalau nak dibandingkan dengan 2 tahun yang lepas.

2012-03-24

Video ni lama dah..
Tapi baru hari ni aku jumpa.. Hehe... Kesian mamat tu hilang tangan.

2012-03-19

Bangun pukul 9 pagi, mak aku dah tanya bangun pagi-pagi ni nak pergi merendek ke?.. Ceh!! Tau-tau pulak.. Nasib baik direstui. Huhu. Aku pulak janji pukul 10 dengan Hidayah. Tapi pukul 9.50 baru aku dapat gerak dari rumah. Lepas tu isi minyak, isi angin tayar sekali. Memang lambatlah jadinya. 10.20 baru sampai rumah dia. Kena perli terus.. Hehehe.. Kita orang keluar ni plannya nak pergi tengok wayang. Bunohan. Tengok review semua kata best. Tapi singgah pergi Putrajaya dulu sebab ada Hot Air Baloon Fiesta 2012.

Nak naik RM 130 per pax TAK SILAP aku..

2012-03-16

Result draw nampak macam best..
Real Madrid macam senang je nak menang. So, kalau senang menang tu tak payah la tengok kan? Haha... Yang best nak tengok AC Milan vs FCB. Dua-dua team power pun name kan.. Sengitlah tu kot..

2012-03-13

Setelah selama lebih kurang 3-4 bulan bahagian belakang rumah aku memang hancur dan teruk keadaannya bila mana tandas & ruangan dapur telah direnovate, akhirnya DAPUR RUMAH AKU NI DAH SIAAPPP!!!
So tadi aku, ibu, adik-adik aku adalah kemas-kemas sikit. Alih meja & mesin basuh ke belakang.

Tapi silap la aku tak snap mase sebelum renovate.. Kalau tak boleh compare.. Hihi..
Gambar-gambar yang aku snap ni ruangan yg sama(dapur la) tapi dari sudut yg berbeza...



2012-03-11

Tanggal 6hb Julai 2011, perginya salah seorang dari wanita-wanita kesayangan aku, iaitu nenek aku yang pulang ke rahmatullah dijemput Illahi pada jam lebih kurang 1.50 pagi..

Selepas 8 bulan, kali ini tiba pulak giliran adik lelaki nenek aku. Dalam jam 2 pagi, tadi ibu aku dapat mesej dari pak ngah aku yang menyatakan pemergian Tok Alang aku tu. Dalam plan memang nak gerak jam 8 pagi tu nak menziarah arwah yang memang dah kritikal sebab kedua-dua buah pinggang dah tak berfungsi..
Tapi cume sempat menziarah jenazahnya sahaja..

2011-07-04

Ahad semalam, 3hb Julai 2011. Aku dengan ada lah orang tu pegi tengok Transformers 3: Dark of the Moon. Superb movie ni... Action, effect, storyline. Boleh dikatakan bestlah. Tapi ending tak boleh dipuji. Ending tak best langsung.. Entah apa-apa. Pandangan akulah. Hehe..

2011-06-10

Awak...
Sayang saya lagi ke?
......................
Perlu ke saya bertanya lagi andai
jelas sudah dengan tingkah laku..?

Awak...
Mungkin awak akan kata awak sama.
Tak berubah apa-apa pun..
Tapi kalau tak berubah,
saya pun tak nak cakap macam ni...

2011-06-03

Assalamu'alaikum?? Hehehe... Kali ni aku nak cerita pasal steamboat. Dalam bahasa Melayu dipanggil kapal stim. Huhu.. Tak percaya cuba try kat Google Translate.

Ok. Semalam yang berharibulankan 2 Jun 2011 bersamaan hari Khamis, aku & beberapa orang staf Kolej Mutiara pergi ke sebuah restoran steamboat yang pernah masuk berita kat TV9 (menurut member aku la). Nama restoran tu RED WOK. Ni lah dia.. Hehehe..

2011-05-07

Pada hari Khamis yang lepas, saya berasa amatlah lapar sungguh ketika jam menunjukkan waktu hampir 7 malam. Lantas, saya terlalu menginginkan kaki saya melangkah keluar dari ofis untuk menuju ke restoran membeli nasi bagi membuatkan rasa kelaparan ini lesap. Tetapi, niat & perjalanan menuju keluar dari ofis telah dihalang & dibantutkan dengan penahanan dari seorang lagi staf. Rupa-rupanya, beliau juga berkeinginan melakukan pengiriman pesanan makanan.

Selepas mengambil pesanan, saya pun menuju ke sebuah restoran masakan panas (tomyam, goreng-goreng) yang berlokasikan di Taman Kajang Sentral. Judul atau nama rasmi
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram