2012-11-28

Menguruskan fail-fail di dalam smartphone merupakan sesuatu yang leceh bagi aku. Sebab ruang skrin yang kecil dan kemampuan multi-tasking yang terhad. Situasi ini berlaku kerana aku tak mampu nak beli Samsung Galaxy Note II ataupun gadjet-gadget yang sealiran dengannya yang lain yang mempunyai kemampuan yang baik dan skrin yang besar. Tapi tu dah consider tablet kalau besar. Ni aku cerita pasal smartphone. Yang OS nya menggunakan Android. Bukan iOS. Sebab aku takde duit. Tak mampu nak beli barang Apple ni walaupun kadang-kadang aku teringin.. So, bersyukurlah apa yang ada. Beli murah je sudah.


2012-11-25

Assalamu'alaikum WBT. Akhirnya dapat jugak aku dengar kuliah UAI secara live. Selama ni ni download YouTube je. Memang ramai gilelah orang sampaikan takde tempat nak duduk tadi masa sebelum azan Maghrib. Waktu nak solat Jumaat pun takde ramai & penuh macam tadi. Sempat aku naik tingkat atas kejap. Ingat nak solat kat tingkat atas je senang sebab memang tak ramai orang. Rupanya lampu dengan kipas tak boleh bukak sebab tu tak ramai kat atas. So, aku snap la satu gambar. Hehe.. Then, tunggu sampai azan baru aku turun bawah cari saf. Satu gambar tu jelah sempat snap. Lagi pun agak jauh saf yang aku dapat dari tempat ustaz duduk. Nak snap muka ustaz kat skrin besar tu pun tak dapat. Malu nak angkat handphone tinggi-tinggi. Apa-apa pun terima kasih UAI sebab sudi berkongsi pengetahuan & ilmu bersama kami warga Kajang.
 

2012-11-20

Assalamu'alaikum. Seperti sedia maklum, dalam tempoh seminggu dua ni rakyat di dunia ini yang rata-ratanya mengecam serangan zionist Israel menyerang bumi Gaza, belum lagi mampu menyiapkan diri sendiri, senjata api (tu pun kalau ada) untuk turun sama di bumi Palestin bersama-sama rakyat Palestin memerangi zionist. Begitu jugak aku. Kuasa besar dunia Amerika pun turut mengeluarkan statement di mana dalam tempoh 48 jam sebelum entri ni ditaip, Israel akan berhenti menyerang Gaza jika rakyat Palestin dan tentera Hamas berhenti menyerang Israel. Bagi aku, ini statement yang sangat kepala otak!! Kalau rumah kita kena baling batu, takkan nak duduk diam? Palestin tu kena baling bom. Takkan rakyat dia nak buat bodoh je. Tu bunuh diri nama dia.


2012-09-20

Lama aku tak update. Raya pun habis dah. Haha... Kali nak bagi korang try Microsoft Office 2013 pulak. Siapa belum upgrade lagi bolehlah try. Aku tak sempat pun pakai Microsoft Office 2010. Terus upgrade dari 2007 ke 2013 je. Sebab aku pun tak selalu pakai Microsoft Office untuk buat kerja. Tapi memandangkan tiba-tiba je pulak urgent kena buat report yang helaiannya agak banyak nak mampus, so saja la upgrade latest terus.

Klik gambar untuk tumbesaran

2012-09-01


Charlie Adam - Liverpool to Stoke (£5m)
Patrick Agyemang - QPR to Stevenage (free)
Efe Ambrose – Ashdod to Celtic (undisclosed)
Joey Barton - QPR to Marseille (loan)
Yossi Benayoun - Chelsea to West Ham (loan)
Nicklas Bendtner - Arsenal to Juventus (loan)
Dale Bennett – Watford to AFC Wimbledon (loan)
Christian Benteke - Genk to Aston Villa (undisclosed)
Dimitar Berbatov - Manchester United to Fulham (undisclosed)
Federico Bessone - Swansea to Swindon (free)

Andre Blackman – Celtic to Inverness (loan)
Romauld Boco – Sligo to Accrington (undisclosed)
Carlos Bocanegra - Rangers to Racing Santander (loan)
Cian Bolger - Leicester to Bristol Rovers (loan)
Jay Bothroyd - QPR to Sheffield Wednesday (loan)
Jordan Bowery - Chesterfield to Aston Villa (£500,000)
Benjamin Buchel - USV Eschen to Bournemouth (free)
Paul Caddis - Swindon to Birmingham (loan)
Nathaniel Chalobah - Chelsea to Watford (loan)
Scott Christie (Borrowstounness to Hamilton (undisclosed)


2012-08-31



*Selamat hari raya.. Mohon ampun & maaf andai ada terkasar bahasa, terlajak kata, mengutuk tak ingat dunia.. Hehehe...

2012-08-06

Sempena demam Olympic London 2012 ni, semua manusia di seluruh dunia sangat-sangat bersemangat dalam memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada atlet-atlet negara diorang sendiri. Malaysia pun macam tu jugak. Rakyatnya begitu bersemangat memberikan sokongan. Twitter, Facebook, Blog. Menjadi medium untuk mereka menunjukkan semangat dalam memberikan sokongan.


2012-07-31


Sabda Rasulullah SAW:
"Sekiranya kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tanganmu(kuasa). Jika kamu tidak mampu cegahlah dengan lisanmu (teguran). Dan jika tidak mampu juga, memadailah dengan membenci perbuatan tersebut dalam hatimu. Dan ia adalah selemah-lemah iman."


Kita yang jauh ni, marilah bersama-sama berdoa agar rakyat Palestin di sana terbela nasibnya. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi umat Islam yang tertindas kat sana. Amiinn....

photo via FB Sham Kamikaze

2012-07-30

Semalam dapat jugak aku buka puasa dengan Yayafella. Buka dekat Village View Jalan Reko je. Kitorang sampai sana dalam pukul 6.45 petang. Tu pun dah agak ramai jugak yang dah datang. Nak gerak lambat sikit takut jalan jammed pulak. Nasib baiklah aku dah booked meja dari hari Jumaat hari tu. Sebab masa aku nak book tu akak tu cakap tak payah book kalau dua orang. Walk-in je. Confirm ada meja. Tu kata dia. Tapi tak sanggup aku nak amik risiko. Tak pasal je kang. Elok je sampai semalam tengok, hah! Semua meja dah booked! Amik kau! Nasib baik aku tak bertindak kurang cerdik dengan mengikut 'nasihat' akak tu. Huh!!


2012-07-28

Entri lepas pasal logo. Ni pasal lagu tema pulak. Dah macam lagu kempen liriknya. Katanya tema Janji Ditepati tu diambil berdasarkan konteks JANJI tu sendiri. Tapi ni dah melalut sampai kena balas budi lah pulak ni. Malas nak komen panjang sangat. Nanti kena cop anti-kerajaan pulak kan..
Selamat mendengar..


*Dengar cerita, Dato' Seri Utama Rais Yatim yang tulis lirik lagu ni. Kalau betul, patutlah pun gitu bunyinye..
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram