2012-03-19

Good day.. Bad day.. Great day!!!

| |
Bangun pukul 9 pagi, mak aku dah tanya bangun pagi-pagi ni nak pergi merendek ke?.. Ceh!! Tau-tau pulak.. Nasib baik direstui. Huhu. Aku pulak janji pukul 10 dengan Hidayah. Tapi pukul 9.50 baru aku dapat gerak dari rumah. Lepas tu isi minyak, isi angin tayar sekali. Memang lambatlah jadinya. 10.20 baru sampai rumah dia. Kena perli terus.. Hehehe.. Kita orang keluar ni plannya nak pergi tengok wayang. Bunohan. Tengok review semua kata best. Tapi singgah pergi Putrajaya dulu sebab ada Hot Air Baloon Fiesta 2012.

Nak naik RM 130 per pax TAK SILAP aku..
Ramai jugak orang datang. 
Tapi takdelah apa sangat pun. Takde pun masa kita orang datang tu diorang lepaskan belon panas tu terbang. Setakat naik kejap 10 minit (belon kena ikat dengan tali), lepas tu turun balik. Entah apa-apa. Waktu lain tak taulah kan. Yang datang tu ramai jugak. Tapi ramai yang setakat nak snap gambar je(macam kita oranglah. Hehe). Bukan nak naik pun. Mahal!! Panas pulak tu. Berjalanlah kitorang balik ke kereta. Jauh! Parking penuh. Ceh!!

Masa tu jam pun dah pukul 12. Lepak kejap dalam kereta menikmati aircond. Tunggu baju aku yang basah berpeluh tu kering, tak pulak dia nak kering. Gerak terus je lah! Pergi Alamanda pulak. Hehe.. Tengok filem Bunohan tu.


Best jugak. Tenang je jalan cerita dia. Senang nak faham. Takde suasana kelam kabut. Cuma minit-minit terakhir tu ada plot yang buat aku kurang faham sikit. Kena jumpa director dia tanya. Yang pasti bukan Hasan Mutalib.

Lepas habis wayang tu, plan nak makan Burger King. Tapi penuh pulak orang. Haha.. So, terus tak jadi makan, gerak ke Taman Botani pulak. Snapping gambar si Hidayah ni.



Then, dah lapar pulak perut aku. Balik nak hantar dia ni singgahlah makan kat foodcourt Tesco. Makan charkuewtiaw..
"Takpe, I belanja.." dia cakap.
"I" tu.... Hahaha..

Sebelum makan..
Apa lagi, I pun bedal lah!!

Selepas sendawa... Alhamdulillah. Thanks sayang. Hehe...
Masa dah sampai kat rumah Hidayah ni, ayahnya pulak ada kat luar. Turun aku dari kereta menyalam ayahnya. Dahla first time tu jumpa. Buat-buat biasa jelah. Haha.. Hati Allah je yang tau. Aku sebenarnya memang tak cuak pun nak jumpa orang tua-tua ni.. Dah biasa tegur. Yang buatkan dup dap tu ialah kerana TAKUT KENA REJECT. Tapi lepas azab tu. Ayahnya pun ok. Senyum je. Hehe.. Takdelah aku nak cuak sangat lepas ni. Yeah!! Syukur..

**Sonang den nak cakap pasal kahwin nanti. Hahaha..
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram