2012-06-15

Bila Melayu kita berniaga..

| |
Malam ni nak cerita pasal orang Melayu yang berniaga.. Hehe.. Ramai Melayu yang berniaga kan? Tak kisahlah berniaga apa. Bukak restoran ke, jual nasik lemak ke.. Kedai runcit ke. Jual kereta ke. Dadah ke kan. Banyaklah lagi. Tapi jarang-jarang aku nak tengok orang Melayu yang berniaga ni sangat berjaya la kata orang. Bawak BMW ke.. Mercedes ke kan. Bugatti Veyron lagi la kirim salam. Rumah banglo ke kan? Tengok duduk rumah teres je. Nak kata diorang ni nak merendah diri taknak menunjuk-nunjuk, pakaian nak bergayo pulak.. Branded-branded. Mekap nak mahal punya(tebal-tebal lak tu). Gelang & rantai bukan main amik kat Zhulian. Hehe.. Tapi kejap je. Tak lama. Cepat bungkus. Kenapa jadi macam tu? Sedangkan Rasulullah dulu pun berniaga. Siap pesan kat kita 9 dari 10 rezeki adalah dari berniaga.

Kalau dibandingkan dengan kaum lain macam Cina & India, diorang yang berniaga boleh je aku tengok nampak berjaya nya. Kalau takde rumah besar-besar, diorang mampu je aku tengok beli kereta mewah-mewah. So bila aku selidik & bertanya-tanya, punca-punca utama Melayu susah nak berjaya adalah disebabkan oleh sikap orang Melayu kita jugak serta sikap pemilik perniagaan tu sendiri yang memang sah Melayunya.


Antaranya:

Bermula dengan gelojoh
Haaaa.... Ni sikap peniaga tu sendiri. Contoh nak bukak restoran. Modal ada RM70k. Lepas tu bukak restoran ala-ala Old Town. Starbucks. Gelojoh!!!! Pikirlah sikit. Tiga bulan pertama sah-sah lah kau kena rolling pakai duit modal jugak. Bukan kau keluar modal RM50k untuk premis & start berniaga, berpusu-pusu customer masuk & bulan pertama ko boleh terus dapat untung bersih sampai RM20-30k.. Bukaklah kecil-kecilan dulu. Warung ke. Cipta branding dulu. Bagi ramai orang tahu perniagaan kau dulu. Baru ke peringkat seterusnya. Sewa premis ke. Sampai 1 tahap, bolehlah nak renovate sikit-sikit premis tu. Lepas tu nak buka outlet lain pun boleh.




Hasad dengki + khurafat
Bila peniaga Melayu bersaing antara 1 sama lain, tak ramai yang boleh nak bersaing secara sihat. Bila tengok perniagaan saingan dia banyak untung dia rugi, dia pikir ini semua khurafat. Orang tu banyak untung sebab pakai bomoh la... Tangkal, hantu & sebagainya. Dia pun pergi jugak jumpa bomoh. Bukan nak mintak tangkal untuk perniagaan berkembang, tapi mintak bomoh tu ranapkan perniagaan pesaing dia tu yang belum tentu lagi pakai bomoh.

Kawan-kawan atau kenalan nak tumpang senang
Selalu terjadi untuk perniagaan jenis perkhidmatan. Contoh macam servis komputer, wedding photographer, bengkel kereta & macam-macam lagi. Bila kawan-kawan nak nak guna servis diorang, mesti akan tanya dulu harga semua. Walaupun empunya perniagaan dah tawarkan harga yang memang murah(sebab pikir kawan-kawan kan, harga standard lagi mahal), kawan-kawan masih lagi menyuarakan permintaan bagilah harga kawan-kawan. Kalau betul kawan-kawan, mestilah nak tolong kawan-kawan sendiri betul tak? Jangan nak ambil untung sorang-sorang. Tu bukan kawan namanya.

Kuantiti, kualiti & harga
Contoh aku dapat pikir, restoran/warung makan jugak. Hehe.. Masa tak ramai tahu pasal restoran tu, masak punyalah sedap. Harga berpatutanlah. Mestilah ramai orang suka. Hari demi hari ramai la pelanggan datang. So, makin lama makin untunglah restoran tu. Hari-hari penuh. Lama-kelamaan timbul satu perasaan & keinginan untuk mengaut untung lebih dari biasa dengan cepat. Cara paling senang naik hargalah. Mula-mula naik harga tu ok lah. Pelanggan pun takdelah pikir sangat. Tapi bila dah lama-lama, harga makin naik & makanan, minuman + layanan pun makin hampeh, memang tak lama la nak untung lebih tu. Sama jugak macam perniagaan jenis perkhidmatan/servis. Masa mula-mula berniaga, harga cantik je. Siap boleh runding lagi. Tapi makin naik harga makin sampah servis yang disediakan. Bukan jadi lebih baik & bagus.

Tamak
Contoh, bengkel kereta. Bukak kat dalam 1 taman perumahan yang tak berapa nak besar. Satu bengkel tu je yang bukak kat situ. Kalau-kalau ada kereta yang rosak kat dalam kawasan perumahan tu, aku boleh confirm tu rezeki bengkel tu. Dan bolehlah nak kata 70% penduduk kat situ boleh menjadi pelanggan tetap bengkel tu. Cuma jumlah pelanggan terhadlah. Tu je. Tapi perniagaan bagus. Income statement company cantik je tiap-tiap bulan. Pemiliknya pun berpikir untuk berpindah ke tempat yang boleh mendapatkan pelanggan yang mempunyai kereta rosak dengan lebih banyak. Contoh tempat, lot-lot kedai dalam kawasan bandar yang padat penduduk & sesak dengan kereta. Dengan perpindahan yang terlalu drastik, rupa-rupanya di tempat baru bengkel beliau terpaksa bersaing dengan bengkel-bengkel lain yang dah lama berniaga kat kawasan tu. Lepas 3 bulan bungkus. Balik kampung. - Yang ni cerita betul. Tak tipu punye.



So, macam mana Melayu kita nak berjaya dalam perniagaan? Benda ni aku luahkan untuk kita renung balik macam mana diri kita ni yang sebenarnya. Bukan untuk menjatuhkan airmuka sesiapa apa lagi bangsa sendiri. Apa yang baik & buruk dalam contoh-contoh aku bagi tadi, moga jadi renungan untuk sesiapa saja. Aku pun tak cerita semua peniaga macam tu. Tapi kebanyakannya k...

Kalau ada yang sedang atau mahu mula berniaga, janganlah terlalu cepat nak berjaya & tamak. InsyaAllah rezeki Allah akan bagi bila kita usaha. Kalau tak banyak macam yang kita mahukan, semoga Allah cukupkan dengan apa yang kita perlukan.

*Gambar aku amik kat google je.. Hehehehe.....
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram