31hb Mei 2012, kitorang gerak dari Kajang dalam jam 9 pagi hari Khamis tu. Sampai kat Ipoh dalam pukul 12. Highway pun sesak sikit. Maklumlah cuti sekolah. Buat kerja sikit kat ofis centre Ipoh tu dalam sejam, kitorang turun pergi lunch capatti kat 1 restoran ni. Lembut capatti dia. Kuah lak memang dia bagi sardin. Memang sedaplah. Tapi tu Sir Nizam & bini dialah (sorry lupe mention. Bini & anak sir Nizam ni ikut sekali). Aku lepas capatti sekeping, bantai nasi pulak. Haha.. Sebab masa singgah kat restoran jejantas Sg. Buloh tadi aku minum je. Diorang lak memang makan.
Habis makan, kitorang pun sambung travel ke Penang. Dalam plan memang taknak lame kat Ipoh. Sebab nak habiskan masa kat Penang. Haha... Tapi planning untuk singgah kat centre Penang untuk copy database semua tak kesampaian. Sebab tiba-tiba kat highway masa dah sampai Bukit Merah tu hujan lebat tambah pulak dengan angin kencang pulak. So, memang driving kena slow2 sikit & hati2 sebab jalan basah, kereta banyak & tak nampak jelas pemandangan luar kereta. Kitorang sampai kat Seberang Jaya dalam jam 6 petang jugaklah.
Oleh kerana nak bajet belanja yang kemungkinannya sampai hari Ahad & dalam keadaan gaji yang lambat masuk, kitorang just check-in hotel bajet2 jela. RM60 1malam. Bilik pun bagi aku ok. Complete semua. Aircond, katil, selimut. Toilet bersih. TV clear gambar. So malam tu pencarian makanan pun bermula. Haha..
Sir Nizam bawak aku try Char Kuew Teow Sg. Dua.. Masa aku hirup kuah char kuew teow tu, terpejam mata aku mencari bayangan apa yang indah untuk menggambarkan kesedapan waktu tu. Hahaha. Maybe kat situ bukan yang paling sedap. Tapi itu char kuew teow paling sedap aku pernah makan. Hehe..
![]() |
| Telur dibasuh bai.. Haha. Penting tu.. |
Esoknya, tak payah cerita pasal buat kerjalah eh.. Aku nak cerita pasal makanan & Penang je. Hoho.. Lunch kitorang sempat la makan nasi kandar. Tapi Pelita lah.. Sebab sir Nizam cakap yang sedap dia pernah makan dulu nama nasi kandar beratur tu dia dah lupa pulak kat mana. Tak merasa aku. Hehe.. Malam tu kitorang masuk pulau. Merasa aku naik jambatan. Masa tu aku drive. Selama ni aku dengar-dengar je cerita pasal pemandu-pemandu kereta kat Penang ni. Semuanya komen yang negatif je. Dan malam tu, aku sedar apa yang aku dengar tu memang bukan sengaja diada-adakan. Memang terbukti dialami aku sendiri. Disiplin pemandu-pemandu kat Penang sangat-sangat LOW! Boleh jugak nak kata takde disiplin langsung. Orang Penang jangan marah na.. Ni hakikat. Hehe..
Malam kedua ni kitorang pergi persiaran Gurney. Kat tepi laut. Carik pasembur. Tapi tak sangka pulak aku makanan kat Penang ni mahal. Aku tak taulah 1 jenis cucur atau tauhu goreng tu berapa ringgit. Atau pun yang lain-lain tu pun berapa pulak. Sebab aku amik untuk 3 orang makan. Aku ada amik 4-5 jenis. Setiap jenis 2 bijik je aku amik. Bagi aku lah kan.. Pikir logik paling mahal pun rm30 la. Ni bila dia cakap RM58, memang terkejut jugaklah aku. KFC pun lagi murah 3 orang makan. Ngahahaha... Tak tau dia kire macam mana.
Lepas makan tu lepak-lepak jap kat tembok tepi laut tu. Ramai jugak yang melepak kat situ.
| Jammed sentiasa jalan-jalan kat sini |
| Naqib dah dapat mainan dah tak pandang kamera dah. |
![]() |
| Naqib leka main belon. |
Hari ketiga (Sabtu) pulak kitorang pergi taman burung. Memang banyaklah burung. Ayam ke burung pun aku tak tahu nak beza dah. Haha...
| Kesian helang ni. Kepak dia dah patah. Tak boleh terbang dah. |
| Besar rupanya burung ni, Ingat kecik je.. |
Ada souvenir shop kalau-kalau nak beli wat kenangan ke kan. Aku beli fridge magnet je... Nak beli benda besar-besar & keras ni susa nanti kalau2 terjatuh ke kan. Rosak pulak nanti.
Taman Burung Penang ni bertempat kat Taman Tunku, Seberang Jaya. Betul-betul dekat dengan hotel kitorang check-in. Next, kitorang naik balik ke pulau. Tapi naik feri pulak. Hoho...
Bila masuk pulau waktu siang ni, baru nampak jelas bangunan-bangunan kat pulau ni. Banyak bangunan lama & cantik-cantik lagi. Memang bagus lah diorang pelihara lagi bangunan-bangunan zaman Tanah Melayu ni. So, kitorang decide nak naik Bukit Bendera. Nak tengok pulau dari atas bukit. Huhuhu...
Sampai je kat bawah bukit tu punyalah ramai manusia. Aku pun beraturlah beli tiket. Kalau korang datang sini, masa nak beli tiket kat kaunter tu korang kena bagi diorang tengok Mykad korang. Contoh kalau beli tiket untuk 4 orang, kena ada 4 Mykad.
Dewasa RM8.
Kanak-kanak RM4.
Tu harga untuk rakyat tempatan. Kalau pelancong pulak
Dewasa RM30.
Kanak-kanak RM15.
*OKU & kanak-kanak bawah 2 tahun percuma. Harga tiket tu untuk naik & turun.
Sesampai je kitorang kat atas, hujan ler pulek.. Tak dapat nak round lebih-lebih. Lepas 15 minit lepak jap, kitorang pun turun.
Masa sampai kat bawah tu dah dekat pukul 4. Perut memang lapar gila lah sebab tadi breakfast je pukul 10. Lunch tak lagi. So, sir Nizam ajak pergi Padang Kota Lama. Tapi kena parking jauh pulak sebab jalan tutup. ada majlis apetah nyanyi-nyanyi siap pasang khemah bagai. Konsert k-pop kot. Kali ni merasa naik beca pulak. Haha...
Kitorang kena jalan kaki dulu kat depan kubu Fort Cornwailis sebelum sampai kat Taman Kota Lama untuk naik beca ke Medan Selera Padang Kota tu. Huhu..
Malamnya pulak, kitorang pergi makan kat restoran De Pauh Garden. Dengan kawan sir Nizam. Restoran yang cantik. Orang pun ramai. So, aku memang sedaplah kot makanan kat situ. Hehe.. Mula-mula aku nak order nasik goreng daging merah. Tapi kawan sir Nizam bahan aku plak. Hahahaa.. Dia cakap datang jauh-jauh makan nasik goreng pulak. Dia suruh aku test burger Komtar. Aku pun on aje. Lagi pun betul la apa dia cakap tu. Nasik goreng kat Kajang banyak boleh dapat. Yang sedap je tak pernah jumpa lagi. Hehe..
Balik malam tu tidur dengan secukupnya. Sebab balik ke kajang esoknya tu aku yang akan drive. Sir Nizam dah tak sihat.
Esoknye, kitorang gerak keluar dari Seberang Jaya tu ada la dalam jam 11 pagi. Then singgah Kuala Sepetang, Taiping. Sir Nizam ajak makan mee udang. Sedap katanye. Aku pun asyik dok dengar cerita je dari zaman Sir Theeban lagi. Dan memang sedap dan puas hati. Udang besar dan banyak. Mee tak nampak. Haha....
Then, kitorang sambung balik perjalanan. Jalan memang banyak sangat kereta. Highway pulak memang 2 lane je. Susah nak potong. Tapi yang aku pelik dan fed up tu, tgh laju kat kanan tiba-tiba kereta depan brek berhenti. Bukan brek slowkan kereta. Berhenti pulak ade dlm 10-15 saat. Pastu laju balik. Pastu berhenti lagi. Banyak kali. Sangat pelik. Masuk kat Sg. Buloh baru jalan clear. Gilo betul! Nasiblah aku ni jenis manusia tahap tinggi punya kesabaran. Haha...
Pukul 6.40 petang selamat aku sampai dekat rumah. Alhamdulillah... Sir Nizam & bini dia dah plan nak MC esok nye tu. Hehe..
Dapat jugak merasa pergi Penang & Ipoh. Lepas ni mana pulak aku nak pergi.. Hoho..
*Tapi sir Nizam datang jugak ofis hari Isnin tu walaupun memang dapat MC. Penuh meja dengan ubat.
Bila masuk pulau waktu siang ni, baru nampak jelas bangunan-bangunan kat pulau ni. Banyak bangunan lama & cantik-cantik lagi. Memang bagus lah diorang pelihara lagi bangunan-bangunan zaman Tanah Melayu ni. So, kitorang decide nak naik Bukit Bendera. Nak tengok pulau dari atas bukit. Huhuhu...
| Ni takde kaitan dengan Bukit Bendera. Saja aku snap. Hehe.. |
Sampai je kat bawah bukit tu punyalah ramai manusia. Aku pun beraturlah beli tiket. Kalau korang datang sini, masa nak beli tiket kat kaunter tu korang kena bagi diorang tengok Mykad korang. Contoh kalau beli tiket untuk 4 orang, kena ada 4 Mykad.
Dewasa RM8.
Kanak-kanak RM4.
Tu harga untuk rakyat tempatan. Kalau pelancong pulak
Dewasa RM30.
Kanak-kanak RM15.
*OKU & kanak-kanak bawah 2 tahun percuma. Harga tiket tu untuk naik & turun.
Sesampai je kitorang kat atas, hujan ler pulek.. Tak dapat nak round lebih-lebih. Lepas 15 minit lepak jap, kitorang pun turun.
| Mamat ni layan jiwang hujan-hujan. |
Masa sampai kat bawah tu dah dekat pukul 4. Perut memang lapar gila lah sebab tadi breakfast je pukul 10. Lunch tak lagi. So, sir Nizam ajak pergi Padang Kota Lama. Tapi kena parking jauh pulak sebab jalan tutup. ada majlis apetah nyanyi-nyanyi siap pasang khemah bagai. Konsert k-pop kot. Kali ni merasa naik beca pulak. Haha...
Kitorang kena jalan kaki dulu kat depan kubu Fort Cornwailis sebelum sampai kat Taman Kota Lama untuk naik beca ke Medan Selera Padang Kota tu. Huhu..
| Bangunan ni dulu nama dia City Hall. Sekarang dah jadi ofis Majlis Perbandaran P. Pinang |
| Sotong letak kangkung + Sotong bakar (gmbar bawah) = RM24. Sangat mahal nak mampuss..! |
Malamnya pulak, kitorang pergi makan kat restoran De Pauh Garden. Dengan kawan sir Nizam. Restoran yang cantik. Orang pun ramai. So, aku memang sedaplah kot makanan kat situ. Hehe.. Mula-mula aku nak order nasik goreng daging merah. Tapi kawan sir Nizam bahan aku plak. Hahahaa.. Dia cakap datang jauh-jauh makan nasik goreng pulak. Dia suruh aku test burger Komtar. Aku pun on aje. Lagi pun betul la apa dia cakap tu. Nasik goreng kat Kajang banyak boleh dapat. Yang sedap je tak pernah jumpa lagi. Hehe..
![]() |
| Harga RM13. Macam ni logik lah harganya. Kena dengan hidangan. Sangat kenyang. Sedap pun sedap. |