Sebuah tulisan biasa
-----
Aku malas betul baca al-Quran. Malas betul-betul malas. Rajin makan. Rajin minum. Rajin tidur. Malas kerja. Tak rajin belajar. Cukup makan dah. Janji lulus. Kurang produktiviti.
Saban hari aku main facebook, twitter, instagram, blog, youtube. Pendek kata, social network tu memang tak sah kalau tak pekena sehari. Itulah kehidupanku di zaman serba canggih ni. Sampai kat telepon android pun bersosial lagi.
Al-Quran makin terpinggir. Dahlah aku malas. Rajin main internet menyebabkan kemalasan aku menjadi-jadi.
Bila cakap pasal kahwin, laju. Bila cakap pasal duit, laju. Bila cakap pasal jantina berlawanan, laju. Bab seronok, memang laju.
Bab al-Quran, slow motion. Efek The Matrix. Siput babi lagi laju dari aku.
Bulan Ramadhan bulan Al-Quran. Ya, aku tahu. Tapi, kemalasan aku menyebabkan aku tolak terus mana-mana masjid dan surau yang baca 1 juzuk terawih tiap malam. Aku pilih yang paling sikit dan paling cepat. Kau plak? Puasa macam tu lah. Tidur tu lebih banyak dari baca al-Quran. "ZzZzzZZz" tu lebih banyak dari sebut "Allah".
Hari berlalu. Hari demi hari. Tahun demi tahun.
Dari zaman single ke zaman bercinta. Dari zaman bercinta ke zaman berkahwin. Dari zaman berkahwin ke zaman ada anak. Dari ada anak sampailah pencen.
Dulu masa muda, lapang. Bila dah meningkat umur dan tanggungjawab bertambah. Sibuk sangat-sangat.
Al-Quran entah ke mana. Dalam seminggu tu, ada la jugak capai sekali seminggu baca. Tu pun malam Jumaat baca Ya Sin. Ah, nak baca banyak-banyak, mengantuk. Update social network lagi seronok. Ilmu tajwid, tarannum, dah sampai satu peringkat, "HANYA MAMPU PUJI BACAAN ORANG LAIN." Bila orang nak dengar aku baca, aku cakaplah aku bukan sekolah agama. Kalau aku sekolah agama pun, aku akan cakap, tu cerita lama. Dah lama lupa. Orang tanya baca tak al-Quran, aku jawablah, "Dah baca kan dalam solat 5 waktu."
Sekarang aku terlantar di kerusi roda. Strok. Mulut senget. Lidah pun bengkok bila stroke. Ni aku taip pakai jari untuk korang dapat baca.
Sekarang bila dah jadi macam aku, nak baca al-Quran pun dah tak mampu. Bila dengar je bacaan al-Quran, hati rasa sayu. Sebak. Menyesal.
Rupa-rupanya selama berpuluh tahun aku hidup, aku pinggirkan al-Quran. Aku buat tak peduli. Beli al-Quran mini warna warni, cover lawa-lawa. Tapi simpan, buat bagi hadiah je. Nak bagi nampak cantik je. Bacanya tak.
Dah tak sempat dah aku nak belajar ilmu al-Quran. Dah tak cukup masa dah untuk aku faham apa yang nak disampaikan Tuhan menerusi al-Quran.
Hati aku yang selama ini tidak tenang sampai ke tua. Rupa-rupanya kerana aku jauh dengan al-Quran. Jauh dengan al-Quran sama sahaja ertinya jauh dengan Tuhan.
Menitis air mata pun dah tak guna lagi.
Ibarat nyawa dah sampai di halkum, baru nak bertaubat.
Rupa-rupanya tanpa al-Quran, hidup tidak pernah bererti.
Hidup bererti bukan sebab ada isteri cantik baik, anak-anak, keluarga bahagia, kerja best. Tapi hidup ni bererti bila al-Quran itu di hati.
Al-Quran di hati, bererti Allah jua di hati.
Al-Quran dipinggir, bererti Allah jua dipinggir.
Kesal.
- Catatan seorang hamba.
Sumber
*Salam Jumaat untuk semua




