2013-09-21

PES 2014 - Mari Lawan!

| |
Tengah pagi tadi aku terjaga sebab sakit perut dan dua tiga kali juga ke tandas. Lepas memerut dengan kelegaan, saja tengok PC. Torrent PES 2014 dah siap download. Hehe.. So, post kali ni review ringkas berkenaan PES 2014 ni.

Aku tak buat review tentang gameplay. Sebab tak sempat pun nak main habis satu game. sempat main beberapa minit. Sebab mengantuk. Kalau nak qada' main balik pun tak sempat. Kerja melambak beb.

Welcome screen
Pandangan pertama, tiada apa yang lain selain penukaran interface dan grafik yang baru dalam bahagian menu. Biasalah tu. Kalau tak tukar kang bosan pulak ye tak. So, selepas setting bahasa dan basic setting yang lain, inilah antara rupa menu yang akan dipaparkan :-


Apa yang aku perasan, PES 2014 ni dia dah ada theme sendiri berdasarkan favourite team yang korang pilih. Contoh kalau korang setkan favourite team korang Real Madrid, hanya players dari pasukan tu sahaja yang akan dipertontonkan sebaik korang masuk pada bahagian menu ni. Antara contoh lain :-



Selain daripada tu, kalau kita lihat satu persatu item-item yang ada dalam menu yang ada tu, tak berbeza pun dengan versi sebelum ni. Mungkin dari segi penambahan fungsi untuk setiap jenis permainan yang kita main tu yang banyak perbezaan. Nanti korang try sendirilah. Hehe..





Untuk PES 2013, permainan Liga telah dibuang. Kerana pihak Konami mungkin memfokuskan versi tersebut untuk permainan online dan Master Leauge. Tapi untuk versi kali ini, permainan untuk liga dah diwujudkan semula. Dan aku tak nampak ada mana-mana menu yang memaparkan permainan online. Mungkin sebab banyak komplen tu yang diorang buang. Kehkehkeh.. Bukan semua orang nak main online kan.

So, tu je yang sempat aku reviewkan. Kalau ada sesiapa nak download, boleh klik sini. Aku galakkan penggunaan Torrent untuk downlod game ni. Sebab kalau guna direct download, dia dah pecahkan untuk beberapa part. Leceh. Ok? Sekian...

*ada orang kata, kalau nak main online, baik main FIFA.. Orang kata. Bukan aku kata.
 
Twitter Facebook Tumblr Instagram